Friday, December 25, 2009

Anakku..



Salam kasih buat taulan sekelian..
Ape khabar yek??..
moga2 sihat sahaja ..
ALHAMDULILLAH....

Kenape dengan tajuk ana kali ni ek...
hehehe..alkisah pun bermula..
Bru2 ni,,ana ke masjid..seorang diri..biasa la..
Tapi masalahnye..kat masjid ana seorang je muslimat..
Ana faham rmai x blik ag..
2 y x de orang sgt...
Bkn itu isunya...

Ketika itu ana baru habis solat Isyak..
di belakang terdapat seorang budak..kecik ag..
Mgkn dlm 3 or 4 taun..budak tersebut tgh solat..
teringat ana mase kecik2...
selepas itu..ana pun kemas2 nk pulang..
Bdk tersebut pun tgh lipat telekung..
Sejuk hati ana..,beruntungnya miliki anak seperti dia..
Mst ibu bapanya seorang y hebat.




Tidak lama kemudian..ana pun segera nk bangun..
Tp bdk tersebut tahan..
Bahkan dye keluarkan Muqaddam...
Pas2 dy tnye"akak nk sy bce surah pe?"
Tergamam punye psal..ana ctnye la surah pe y dh hafal...
segera di gelengkan kepala...
Lalu ana trus bce kn surah Al-Fatihah..
Ajaibnya si kecil ini dpt membacanya wpun kalau ikutkan tajwidnye..
banyak kesilapan..biasa la bdk2 lagi...

Pengajarnnye..penuhilah ilmu di dada..
untuk persediaan ketika alam rumah tangga nnti..
Moga2 kita miliki anak2 y soleh dan solehah..
InsyaALLAH..sama2 kite doakan...
AMIN...


Sunday, December 20, 2009

Kuih ku....

Salam sayang buat sekelian...
Ish..asyk2 ckp psal mkn je...
lapar ni...hehehe...
Sebenarnye tempoh hari ibu ana nak buat keria,..
tau x kuih keria??..
Nasib baik tau.,..
hehehehe....
Sekali 2..ade inseden...so...x jadi buat pada hari tersebut...

Keesokannye pulah ade tamu datang..
Ibu ana suruh ana masak keria 2...
Dengan semangat nye...ana keluarkan la keria tersebut unt d bentuk..
Nk jadi cerita....
Mgkn dlm peti ais tu..ade titisan air..
Jadi keria 2 jdi lembik...
ISh!!,...bkn salah ana tau...

Tapi ana tetap berusaha utk jadi kan keria juga...
Ini lah hasilnye...


baru keluarkan dari peti ais...



dah siap....

Haa...pengajarannye...len kali jge mknanan y nk d msukkan dlm peti ais...
Hehehehe....

keTupat ku...

Salam sahabat sekelian...
Ni sebaenarnya sambungan kepada post before ni..
Nak jadikan cite...
Ana buat la ketupat ni...
Hehehe...dh lme x buat..
Maklumla..raya setahun sekali je...
Ni pun kebetulan ade org tempah..
So...buat sekali la...

bnyk tau...kali ni..ana je yang buat...
Hehehe..terer x?...
Ade sekali lepat tau..
Ana gak yang buat..
ish...first tyme...
sbb selalu nye ayah je yang buat..
Kali ni..ayah lak ajar kan..

Ni la hasilnye...
TARAAAA!!!!


owh lepatku!!..



bnyknye...


Haa...itu lah dye..plan nex year nk buat kat kmpg...tp x sure lagi sbb nye...
tyme sekolah...InsyaALLAH...ade la kesempatannye nnti ek...AMIN....




..

Aidil Adha

Salam kasih...
nampaknya ana terlewat utk buat post...
walaubagaimana pun...
ana nak kongsi pengalaman ketika raya korban tempoh hari..
Sama-sam kita kongsi ek...



ketika lembu berjaya di tumbangkan...




fuh..!!..kepenatan...




cara-cara melapah oleh along...heh.

begitu la serba sedikit kenangan aidil adha kali ni...InsyaALLAH..tahun depan (1431H) akan jadi lbh baik..AMIN..

Tuesday, December 1, 2009

Dunia Kini...




Salam kasih buat taulan..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi..

Sejak akhir-akhir ini, kita sering di hadapkan dengan pelbagai permasalahan mengenai negara kita. dari satu, satu masalah ke masalah yang lain.
Erm...rasa bosan kadang kala melanda.
Namun, kalau kita benar-benar prihatin, sebenarnya ia sedikit sebanyak akan mengusik hati kita.
Ana bkn nak cakap yang ana ni prihatin, tidak.
Apa yang ana nak sampaikan adalah, kita sebagai manusia, jangan mudah menghukum.
Dengar saru cerita, terus mengamuk tak tentu pasal, then salahkan orang.
Cube ingat balik, Rasuluallah pernah berpesan

“Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar”.

Jelas bukan. Sesungguhnya, ana hairan sangat-sangat. Kenape orang dengan tanpa rasa bersalah menuduh sesuatu sedangkan dirinya tidak tahu perkara sebenar. Peliknya, ana ingin persoalkan, kerja mereka mencari maklumat, jika maklumat yang di sampaikan salah, akan membawa fitnah. Selepas itu, mereka memperoleh gaji dan sebagainya, bagi makan pada suami, isteri, anak-anak.Tidak rasa bersalah langsung ke?...
Hairan sungguh...


Rasenye, itulah permasalahan negara kita sekarang. Tuduh menuduh menjadi satu amalan. Akhirnya, perkara penting dalam sesebuah negara di abaikan.

Fikir-fikirlah...Sama-sama kita usahakan menjadi seorang muslim yang berpegang teguh pada ajaranNYA, seterusnya bakal membentuk keluarga Islam, dan DAulah Islam.AMIN...
Wallahualam...

Monday, November 30, 2009

Bertemu kembali




Assalamualaikum...

Syukur,,ada sedikit perubahan dlm blog ana..
Walaupun nmpak kelem kabut,
Ana bersyukur kerana dapat mengubahnya..
Kerana ana dlm proses mempelajarinya...

Tidak mengapa jika ada yn sudi comment..
Harap-harap dpt membantu ana..
Dalam proses pembelajaran ini..
AMIN.....

Friday, November 27, 2009

Muhasabah Cinta

Salam kasih buat teman-teman sekelian.....

ALHAMDULILLAH...
Beberapa hari yang lepas, ana telah mendengar sebuah lagu..
Indah..SUBHANALLAH!!..
Mari kita hayati bait lagu ni..
Alangkah indahnya dapat kita selaminya..
ALLAHUAKBAR!!...

"
Wahai pemilik nyawaku,
betapa lemah diriku ini,
Berat ujian darimu,
Ku pasrahkan semua padamu.

Tuhan, baru ku sedar,
Indah nikmat sihat itu,
tak pandai aku bersyukur,
Kini kuharapkan cintaMU.

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku,
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku.

Butir-butir cinta airmataku,
Teringat semua yang kau beri untukku,
Ampunilah khilaf dan salah selama ini, Ya Ilahi,
Muhasabah cintaku.

Tuhan, kuatkan aku,
Lindungiku dari putus asa,
Jika ku harus mati,
Pertemukan lah aku dengan cintamu.

Amanah

Salam Rindu buat teman sekelian.

Amanah adalah suatu tangungajawab yang di pertangngungjawab kan kepada seseorang. Apabila kita bercakap dengan amanah, jangan kita lupa. Setiap manusia itu memagang amanah sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini.

Sifat amanah dikatakan sebagai sesuatu beban yang tidak terpikul dan telah ditolak oleh makhluk-makhluk Allah SWT yang lain, namun disanggupi oleh manusia untuk memikulnya. Ia berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

''Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan' (surah al-Ahzaab, ayat 72).

Sifat amanah ini adalah merupakan antara empat sifat-sifat wajib yang ada pada Rasul selain Siddiq (Benar), Tabligh (menyampaikan) dan Fatonah (bijaksana). Sifat amanah Nabi Muhammad SAW merupakan model nilai-nilai murni yang sempurna dan unggul yang harus diterapkan dan diteladani dalam kehidupan.

Rasuluallah merupakan contoh terbaik dalam menjaga amanah . Untuk itu kita sebagai umat nya WAJIB untuk mencontohinya. Ikuti sunnahnya. InsyaALLAH, kita akan terdorong dalam jalan yang benar.

Kadang kala kita di hadapkan dengan suatu amanah yang tidak di jangkakan. Rasa macam tak mampu untuk pikul. berbolak balik hati. Namun, apabila di renungkan semula,apakah sebenarnya mesej yang ALLAH ingin sampaikan, terasa betapa ALLAH mengetahui bahawa kita layak dan mampu menangungnya.InsyaALLAH..

Akhir kata, semoga amanah yang telah di pertangungjawab kan kepada kita dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin...
Wallahualam..

Wanita Itu Fitnah




Salam ukhuwah, salam kasih, salam sayang kepada saudara-saudaraku sekelian..

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita." (Riwayat Al-Bukhari)



Telah tertulis, bahawa wanita itu cantik. Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum. "Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 1)

Jelasnya, kadang kala kita sebagai seorang wanita, bicara kita menjadi intaian sang kumbang. Ana akui kini di setiap institusi majoritinya adalah wanita. Cabaran sebagai seorang wanita yang ingin bergelar seorang MUSLIMAH SEJATI, INsyaALLAH, sangat besar. Ana sendiri, terasa sangat berat. Apatah, kadang kala terpaksa mempunyai banyak urusan dengan lelaki. Erm..hati ana ni pulak mudah kasihan. Kadang kala niat ana kala itu sekadar menghormati sahabat-sahabat yang lebih senior, tapi lain pulak jadinya.
SUBHANALLAH...

Apa-apa pun, ana ingin mengajak para muslimah sekelian, berhati-hati lah,. Kadang kala, wajar jika kita bertindak keras kepada mereka. Apatah lagi andai antara kita bergelar seorang PEMIMPIN.

Setakat itu sahaja, wallahualam...

Monday, November 2, 2009

Tips Kejayaan...




Assalamualaikum....
salam kerinduan pada teman-teman sekelian...
Minggu peperiksaan kian membara..
Di sini ana ingin berkongsi sedikit ilmu..

Bersempena dengan peperiksaan yang bakal menjelang..
Ana dapat tips kejayaan:

1-Kebergantungan diri kepada ALLAH..KepadaNYA lah kita minta segala hajat. Hanya DIA yang mampu menentukan yang terbaik buat hambaNYA.

2-Ingat ALLAH, Berusaha, berdoa dan bertawakal. Usaha dengan sesungguhnya usaha, berdoa dengan penuh keinsafan dan bertawakal dengan keyakinan bahawa ALLAH pasti memberi apa yang terbaik buat kita.

3-Percaya , yakin dengan janji ALLAH. Apabila kita membantu agama ALLAH, ALLAH akan membantu kita. InsyaALLAH..

4-Target, matlamat, visi dan misi jelas. Letakkan target pada tempat yang kita selalu lihat. Jangan simpan dalam minda dan akal.Sbb akal boleh menipu. Tampal di bilik, Cthnye. kita nak 4.00. Tampal di dpn meja belajar. Dari segi psikologinya, ia sangat2 membantu...

5-Disiplin.. Sentiasa masalah ini timbul.. Ana sendiri akui diri ana pun cam 2.. Pd ana cube cari masa kualiti .Lebih baik sekejap je tapi dapat semua.

6-Ingat lah bahawa ilmu iti dari ALLAH. So, kalau rase blur je..katakan pada diri.. Ini ilmu ALLAH...dan gunakan Bicara Hati untuk memperoleh ilmu itu.

7-Doa dan restu ibu bapa sangat penting. Redha ALLAH terletak pda keredhaan mereka.

Semoga kita dapat amalkan. Syukran di ucapkan kepada Akhi Tharmizi atas perkongsian. Semoga akhi berjaya dalam final nnti dan dalam L.I gak.




P/s: Makan nasi minyak nnti, jgn lupe jemput. Nk jadi pengapit pengantin perempuan boleh...hehehehe....boleh ye kak...Janagan marah..

Salam sayang...
Semoga antum semua berjaya dan sentiasa tenang serta ingat pada ALLAH ketika peperiksaan berlangsung...AMIN...


WALLAHUALAM.....

Friday, October 30, 2009

Beriman kepada Qada'dan Qadar




ALLAH PASTI MEMBERIKAN YANG TERBAIK



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Setiap manusia pastinya selalu menginginkan yang terbaik.

Mendapat segala yang terbaik dan mengusahakan sesuatu yang terbaik, baik untuk dirinya mahupun untuk orang-orang yang tersayang…



Salah satu sifat seorang Muslim ialah selalu memohon dan meminta pada Allah, Zat yang Maha Kuasa.

Satu persepsi dan pegangan bagi seseorang yang bepegang teguh bahawa jika mahukan sesuatu, mintalah pada Allah kerana Dia pasti tidak pernah menghampakan.



Meminta pada manusia, sekali dua kali, mungkin diberinya, tapi mungkin tidak pada permintaan yang berikutnya....

Tetapi jika berkehendakkan sesuatu, mintalah pada Allah, kerana Dia pasti tidak jemu dan bosan untuk menunaikannya, terkadang juga tidak diminta, diberi-Nya pula.



Mungkin terselit ungkapan tulus dalam bait-bait kata dalam banyak-banyak doa yang dipohonkan kepada Ilahi ...

“ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku....”.

Tetapi terkadang manusia lupa, terkadang yang dirasakan terbaik untuk diri kita menurut kacamata kita adalah yang terburuk untuk kita menurut pandangan Allah.


“.............Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...” (QS: 216)


Sebaliknya, berkatalah...”Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku, yang Engkau rasakan terbaik untukku...”.



Terkadang juga manusia itu lupa, bahawa yang dilaluinya dan diterimanya itulah yang diminta daripada Allah.

Kita terkadang sering lupa, yang datang itulah yang terbaik untuk kita.

Tanpa kita pinta, sesuatu ujian yang amat berat datang menjengah untuk mewarnai kehidupan dan menguji kesabaran kita.

Suatu ujian yang dirasakan berat untuk dipikul dan terasa hilang kesabaran menghadapinya.

Ujian yang kita tidak minta tetapi ia datang.

Sedangkan kita lupa, bahawa ujian itulah yang kita minta daripada Allah, sesuatu yang ‘terbaik’ untuk kita.

Ibrah yang ‘terbaik’ untuk kita...untuk menjadikan kita yang ‘terbaik’ di pandangan Allah.

Begitulah, setiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu, amat tinggi nilainya di mata Allah, tiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu juga amat tinggi pengorbanannya pada Allah, tinggal pada diri kita, adakah kita sanggup untuk menghadapinya untuk mendapatkan yang terbaik itu serta sentiasa berbaik sangka kepada Allah atau sebaliknya......

Janganlah kita menjadi hamba yang kufur akan nikmat-Nya, hanya kerana belum diberi apa yang diinginkan.

Yakinlah, Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hamba-Nya.

Lihatlah sisi positifnya dari setiap keadaan kita.

Mukjizat



Salam kasih..salam sayang buat teman sekelain.
Assalamualaikum..
Apa khabar antum??..
Semoga sihat sentiasa..
Syukur...ALHAMDULILLAH

Mukjizat adalah kelebihan yang di berikan ALLAH kepada para rasul..
Mukjizat terbesar Rasuluallah adalah Al-Quran..
Kalau di pelajari..banyak perkara yang yang dapat kita teladani..
Kita jadikan sebagai ukuran dalam kehidupan...
Keistimewaannya..MASYA ALLAH..tak terhingga..
SUBHANALLAH...
Bahasa yang di gunakan cukup indah..
Tak mampu akal manusia untuk mencipta puisi sepuitis itu..
Bahkan,,ia merangkumi seluruh kehidupan...
Adakah sesuatu yang mampu melawan ciptaan ALLAH yang agung ini??...

Hakikatnye..manusia kini..
Lebih menagangap surat khabar sebagai mukjizat..
HAirannya,,...bagaimana hati manusia..begitu sebulat mempercayai berita tersebut..
Ia menjadi tarikan kepada manusia..
Pelik betul..bagaimana naskah yang asyik-asyik..
menceritakan tentang keaiban orang..
yang entah betul atau tidak...
gosip liar, kisah bukan-bukan..
menjadi rebutan..
HAirannya...
SUBHANALLAH...

Mereka lebih mendampingi surat khabar dari AL-Quran..
Mereka lebih suka surat khabar berbanding Al-Quran..
MEreka lebih percaya berita surat khabar dari berita ALLAH s.w.t
Mereka lebih agungkan surat khabar dari Al-Quran..
Mereka lebih ikut aturan surat khabar dari syariat ALLAH yang terang dan jelas dalam Al-Quran..
Mereka lebih mendengar kisah keaiban orang...daripada kisah tauladan dalam Al--Quran....

Dimanakah kita..??..
Tidak salah mengetahui isu semasa..mmg surat khabar akan di cari..
Tapi pernah kah kita adilkan akal kita..
Dengan hanya mendengar berita dari sebelah pihak sahaja..??..

Sama-sama kita renungkan...

Sunday, October 25, 2009

*taZkirah.....*




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...ana msih diberi ruang, luang dan peluang..
Utk berkongsi sdkt ilmu...
Seterusnya menikmati nikmat2 pemberian ILLAHI..
Syukur...

Pada kali ini, ana ingin memberi sedikit perkongsian
Tajuknya adalah "tazkirah"..
Apa yang antum faham dan tau tntg tazkirah...
BAiklah..
Pada pndpt ana,
Tazkirah adalah peringatan..
Bagaimana peringatan itu??..
Ia mendekatkan kita pada ALLAH..
Kerana apa??..
kerana kita manusia biasa..
Mudah lalai dan leka...sering alpa..
Sentiasa perlukan backup utk sentiasa berada di jalan ALLAH ini..
InsyaALLAH..

Ana bawakan Firman ALLAH
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Melainkan org yang nasihat menasihat kepada kebenaran dan kesabaran."(Al-Asr)

Bila berckp tntg tazkirah..selalu ana di takut kan..
Alasan: x berani @ x bersedia @ dll...
Persoalannya..
Antum tau ke had ilmu kita??
Hbis 2..ilmu skrg ni x nk kongsi ngn org????
y k2..
kenapa x berani..
n sbg mnuasia..kenapa x cari keberanian itu snd..
Suma dari antum snd...
Fikir-fikirkan lah..
WALLAHUALAM...

Friday, October 16, 2009

Kesan Zikir Kepada Otak



SAlam Sayang..salam kasih buat teman2 sekelian..
"Sampaikan lah oleh mu peringatan walaupun dengan 1 ayat.."...
Semoga ilmu yang ana tahu,..dapat kita kongsi bersama.
Mudah-mudahan dapat meningkatkan lagi amalan kita..
AMIN...


Otak berfungsi melalui aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia beroperasi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


#Jadikan lah 1 amalan yang wajib bg diri kita utk sentiasa basahkan lidah menyebut nama ALLAH...berbanding menceritakan hal-hal yang tiada kaitan dengan kita bahkan tidak kita bersama berusaha perbaikinya..
WALLAHUALAM...

ALHAMDULILLAH.....




Dengan nama ALLAH yang MAha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Syukur ke hadrat ilahi..
Masid di beri waktu ...
Menikmati segala nikmat ALLAH..
yang yidak dapat di nilai dgn kata-kata...

Pada hari ini ana bersyukur..
Kerana ALLAH telah makbulkan doa ana...
Rasa senyuman ana bagaikan tidak henti2 utk senyum..
Betapa sayangnya ALLAH pd hambanya yang daif ini..
SUBHANALLAH...

Syukur sgt2...
Bersama-sama ini ana sertakan 1 pesanan darri seorg yang berpengalaman dalam perjuangan..
Semoga menjadikan ana terus kuat menghadapi ujian..
Seterusnya meneruskan perjuangan...
Menegakkan syariat Islam...
Amin..Amin...Yarabbal-Alamin...

""Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," "

Semoga kita renung2kan..dan kita perbaiki diri snd..
WAllahualam..

ALHAMDULILLAH.....

Tuesday, October 13, 2009

...pening2...ish...



Assalamualaikum...
Salam ukhuwah..salam sayang..
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi MAha Penyayang.
Syukur kerana masih di berikan kesempatan..
Menikmati setiap ruang dan peluang dalam hidup ini.
Untuk saling mengenali sesama makhluknya..

Minggu ni ana mempunyai, pelbagai masalah menghimpit jiwa.
Akademik dan Peribadi.
Pelbagai konflik..
Entah la..
Hujung minggu ni ana akan ke Cameron Highland.
InsyaALLAH..ana dpt tenangkan diri..
Lg pun skrg keadaan ana x berapa stabil..
Mgkn sbb kurg tido, bnyk keje..
Kalau tido..mcm x tido....
Pulak 2 bilik ana aras 4..x kisah nk exercise..
Cme..agak mengangu kesihatan.
Bimbang nye kalau tetibe tumbang...
Aras 4 2..ish...

Rasenye sebulan ini, ana rasa nk tumbang je..
Ana bkn minta di kesiankan..
Tp sekadar berkongsi cerita...
Nasib baik ada parents yang memahami..
ALHAMDULILLAH...syukur...

Selepas ini ana harap boleh tumpu dlm akademik dlu..
Soal kesihatan 2.insyaALLAH..x de masalah kot..
paling kurang pun..masuk hospital je kn..
hehehehe..minta-minta di jauhkan...
harapnye ana kuat dari segi fizikal dan rohani selepas ini..AMIN...

WALLAHUALAM...

Saturday, October 10, 2009

Cantiknya seOrang Wanita



Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Bila smpai masanYe.....



Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi..
Kerana hingga ke hari ini ,
ana masih lagi berkesemptan untuk melihat kebesaran ALLAH .
SUBHTANALLAH.....
Tidak lupe juga kerana masih lagi dapat merasai..
nikmat paling besar iaitu..
Nikmat Islam dan Nikmat Iman..
ALHAMDULILLAH....

Ana ingin membawa sepotong ayat..
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada kami kamu di kembalikan"..(Al'ankabuut:57)
MAti..ayat yang cukup menekutkan pada ana.
Sebabnye bila bercakap soal kematian..
Banyak perkara yang kita harus sama-sama muhasabah diri..
Sebab apa?..
Kerana kita ingin yang terbaik..
dalam amalan kita..
Supaya tidak malu berhadapan dengan ALLAH..
Tapi ana kira..semua org berasa malu kepada ALLAH..
Sebab kita ni hanyalah ciptannya...
Banyak kekurangannya..





Oleh itu, sama-sama kita muhasabah diri..
Perbetulkan diri..
TAnya diri kita..bersedia kah kita dengan kematian..
Orang selalu cakap..
"Perbanyakkan amalan seolah-olah esok adalah kematian kita".
MASYA-ALLAH..gerunnya..
InsyaALLAH, ana mendoakan kali semua..
sentiasa berada dalam landasan yang benar..
Untuk antum dan diri ana snd..
WALLAHUALAM...

-Komen..jgn x koMen..-



Salam ukhuwah buat taulan sekalian..
Alhamdulillah, hari ini dapat mengisi ruang kekosongan dengan blog ni..
Ermm..tempoh hari ana telah berkongsi tentang seseorg..
Rupenya ada yang bertanya..
Siapakah gerangannya..
Hehehe...biarlah rahsia..
Ana bmbg org tersebut menjejaki blog ana n terbaca post 2..
Len pulak citenye..
Ish2...bahaya sungguh..'

Baiklah..kali ini ana akan bercerita tntg org lain pulak..
Ngumpat ke ni??...
X la..ana cme memberi pndgn tentg dye..
Semoga ia menjadi tauladan buat pembaca..
Sifat yang di miliki boleh di contohi...

Ana kenal seorang ni ketika ada kem tempoh hari..
Mse 2 insan ni menjadi fasilitator..
Wah...jgn main2..garang tu...takut..
Ana bengang gile ngn dye waktu 2..
Ntah la..ana ni ade je yang x puas ati ngn org je..
X sedar diri pun..hehehe...

Seterusnya..baru-baru ni pulak, sahabat ana ajak 1 program..
Ermmm..mula2 x nk sbb merajok kononnye.
Nsib baik sahabat ana kuatkan juga..
2 yang join.. Then..tup..tup...pgarah nye insan tu...
Alamak..cuak gak..sbb x biasa kn..

Tapi ana respect ngn dye..sbb bijak kawal situasi..
Ana kire selepas program 2..ana borak2 ngn kawan2..
Then semua puji..maklumlah..
bkn sanang nk jmpe pendakwah dari UMP ni..
Yang boleh msuk ngn semua org..
Sbb lg pun dye peramah=banyak cakap..
hehehe...jgn marah..

Banyak la y ana boleh puji..
Orangnye kecik je..tp mak oii..kalau cakap berapi-api 2..
heheheh...
Ana selesa utk berkawan ngn insan 2..
sbbnye..ada somethng y ana suke dgr pndgannye..
Bkn snang tau...
org nk share ilmu..
SUBHANALLAH..semoga ana jauh dari sifat 2..AMIN..

ERm..k la..dgn org sblm ni ana kira..
mereka lebih kurang sama..
Sma-sama hebat..bagus dalam perjuangn Islam..
Semoga ada sesuatu yang mereka boleh berjuang bersama..
Cme yang sorang agak tegas..May be sbb 2..
dia x di kenali kot...

k r la..ana dh ngntok ni..
Cme gagahkan diri menulis coretan ini...
InsyaALLAH...kita jumpe lagi..
SALAM...

Tuesday, October 6, 2009

~pesaNan riNgkas...~

Salam ukhuwah buat taulan semua...
Pernah tidak antum menerima 1 msej yang membuatkan hati antum tersentak??..
Mksd ana yang membawa antum kepada KHALIQ...

Entah la..ana terkedu ketika menerima msej tersebut..
Tak tahu nk ckp apa..
Ynag nyatanya..ia dari seorang senior..
Yang ana hormati...
Sungguh tidak sangka..
kerana selama ni insan tersebut tak pernah tonjolkn diri...

Akhirnya...ana tidak menyangka..
Beliau seorang yang hebat..
Hairannya...beliau siap puji ana..
Sudahla buat kan ana terpinga-pinga...
Ni dh bertambah2 pulak...
Ish2...pening kepala mcm n...

Ape pun..pada ana..
Insan tersebut sedia berkongsi ilmu didada..
Rendah diri..nampak mcm biasa..
Tp mak oii...ilmu penuh di dada...

SuBHANALLAH....
Semoga ana di pertemukan jodoh seperti insan tersebut...
AMIN....

Thursday, October 1, 2009

Salam ukhuwah teman sekelian..
Disini ana ingin berkongsi maklumat kepada teman sekelian..
Bergune tau..
ana juz foward kn je...
xpe...
bende baikk...kita kongsi bersama ek...


"Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan-kawan semua?
Rupa-rupanya tanpa kita sedor, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita
tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,
lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita
telah tua nanti.

Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg
lain-lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah
Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai
jaga pemakanannya sehari-hari. apa kata kita ikut diet ini kawan-kawan. tak
payahlah susah-susah makan pil untuk kurus? InsyaAllah kalau kawan-kawan ikut
diet Rasullullah ini?. Garenti kawan-kawan takkan sakit perut ataupun keracunan
makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH : KOKTEL

1. JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU,
BARU MAKAN NASI.
2. TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN
DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan-kawan cubalah..
Ianya tidaklah dalam jangka masa terdekat ini.... Ianya berkesan bila kita sudah
tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan
laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi
ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur
dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.

p/s: Sampaikan walau sepatah...

Sarjana Islam juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan
seperti:

Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita
boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit
pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa
dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter
ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Denganbersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat
jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung
di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis
alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.

Wallahua'lam

Sabda Nabi: "Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan
InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"."

Monday, September 28, 2009

~buaT teMan-teMan sekELian~

Kembali Bersatu

Cruising in my ride beaming pride blasting out on a tune
Thinking my life peachy pink
Blessed friends i found you
Break me..Hurt me..Stab me..Kill me..
I was made a fool
Fake devotion..Fake love..
You dont meant it..
Why was I made a fool??

Guul illib dakhil galbak
Walau bas bikilmat ahibbak
Khali alil bagi wana kuun
Eh habbeb illi ihib uma ikhuun

Berpisah dan bertemu
Kerananya yang satu
Manis iman cintaimu
Cintanya..Cintaku..

Hey brothers let me tell u how i feel inside
Lately we've been blinded by this thing called pride
Instead we should be saying what we always hide
We deserve words so sweet and true like i love you..
And its just one off them times thatwe say we do
And its just one of our lines
You're brothers i've been searching for..
And now that I found you..
I dont want no more..
Friends..They want to play..
Say Assalamualaikum but deep down they really hate me
In their eyes I can see the distrust and honestly
Just tell me what you want and let your heart be free

Walau dugaan datang melanda
Tabahlah menghadapinya
Hindarilah segala sengketa...
Yang bisa memusnahkan
Jalinan mesra persahabatan
Antara kita
Hulurkan tangan mu..
Sama bergandingan
Kita hilang entah ke mana..
Sesat di hati tanpa cahaya
Tiap langkah semakin hampir ikatan ini
Tiada kan terlerai antara kita..
Tiada sempadannya..

Teman..Kita sentiasa bersama dalam mencari erti kehidupan..
Suka duka..
Ingati tika kita mula leka dan bila rintangan datang melanda..
Ku tahu ada kala kita tercabar..Terkasar..
Dan tiap kali begitu ia menguji saba
Maafkan aku dalam senang dan sukar
Agar jalinan ini tidak hambarTelah kian lama kita semua tak bertemu..
Syukur kini kita telah kembali bersatu
Alhamdulillah padanya yang satu
Kasih sayang kini kian padu

Sambutlah salam ku
Genggam jemariku
Zahirkan rasa kasih sayang mu..
Kalimah yang satu..
Lupakan sengketa lalu....

~hikMah yanG diCari..~

BismillahirAHMANiRRAHim..
Semoga apa yang ana kongsikan pada kali ini..menjadi perkongsian yang diredhai ALLAH..InsyaALLAH...AMIN

HikMah yang dicari. Sebenarnya an ingin membawa hadirin utk memahami kehebatan ALLAH. Tanpa kite sedar apa yang kita lalui, pahit manis perjuangan adalah di bawah perancangan Yang Maha Agung. Masya ALLAH!!...

Orang selalu cakap..kadang2 boleh jadi perkara yang dibenci adalah yang terbaik utk kita dan sebaliknya..namun sejauh mana kita memahami dan menghayati bait2 yang ckup indah itu. Lihatlah..apabila ada dugaan melanda..kita terus terjatuh menangisi apa yang telah terjadi..menyesali apa yang telah di lakukan.. Jadi di manakah prinsip yang telah di pegang kita?..

Hakikat sebenarnya adalah kita golongan yang lemah..sentiasa kalah dengan nafsu sendiri. Oleh itu..sentisa lah bersandar pada ALLAH..
Setiap apa yang berlaku itu sentiasa berhikmah. Contohnya. ayah ana sakit. Jauh dlm lubuk hati ana..ana ingin buat yang terbaik dalam keluarga.., hubungan antara keluarga sentiasa dalm keadaan yang baik. Dan yang pastinya ana ingin menjadi seorang anak yang solehah. Segera balik jika apa2 berlaku. Sedikit sebanyak..menjadikan ana sangat rapat dengan ayah dan ibu.

Begitu juga ketika ana berpindah dari sebuah sekolah agama yang terkenal di Melaka. Hikmahnya..ketika itu kebetulan ayah ana lumpuh seluruh badan selama setahun. Dan tugas ana ketika itu adalah menemani ibu ana. Sbb ketika itu adik beradik ana yang lain tinggal di asrama.

Apa yang ana ceritakan ini bukan berniat utk mengharapkan simpati atau nak membangga diri. Ana ingin berkongsi pengalaman. Dan apabila ana baca nye lagi dalam blog ini. Sedikit sebanyak menguatkan hati ana yang sentiasa di uji dengan pelbagai dugaan ini..

Sebak apabila orang yang kita percayai buat sesuatu yang menyakitkan .
Bukan itu sahaja, memberi tetapi merampas semula dengan mudah. Ingat mudah ke menerima tamparan itu. Tidak..tetapi apa kan daya.. Mgkn ade perkara yang ALLAH ingin uji ana. Mgkn ingin ana berfikir tentang keputusan yang ana telah lakukan. Ana bukan lah jenis yang menyesali apa yang berlaku. Pada ana. pasti ada sesuatu yang ALLAh ingin kita pelajari.

Ermm,,..begitulah coretan ana pada kali ini. Semoga ana terus berjuang meskipun ada yang akan pergi tinggalkan ana. InsyaALLAH..YA ALLAH kuatkan lah hambamu YA ALLAH..


Air mata boleh berlinang dan hati boleh bersedih, tetapi kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata, kecuali yang di redhai ALLAH.

Friday, September 25, 2009

sYukur...aLHAMDULILLAH...

salam ukhuwah...
alhamdulillah...bersyukur dengan apa ya ana miliki ana hari ini..
Semoga cerita ini dapat memotivasikan diri ana dan juga pembaca sekelian...
AMIN....

Kerbau, Kelawar dan Cacing


Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal solih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".






#yang perGi..x akaN keMbaLi...#

salam ukhuwah sekelian...
akhirnya kami berpisah....sedih 2...
sayang sgt2....
nk wat cam ne dh ajal dye...
sempat ambk gmbr dye buat kenangan...



nama dye Mikky...



comey x?.....




agak-agak...mne lagi comel ek....??...




n mikko pulak...posing maut 2...




n pilak...mama mo...



Kenangan Terindah....

* kemEriaHaN sYawaL*






Salam ukhuwah buat tau lan sekelian...eerrmmm...
Syawal dh tibe...
Ni la pic y sempat dirakam kan...
Y lain along ana dh settel kn...

Well...bnyk kenangan dlm Syawal..
Pertamanya..sbb dlu ana lahir pada bulan Syawal..
1 Syawal 2..hehehehe...jgn jeles..betul n..x tpu..
Along pulak 2 Syawal..
Angah ngn adek pulak bln len..

Actually..spt biasa la...setiap kali Syawal ..
Ibu ana akan hntr mknn awl kat umah saudara..
Pulak 2 sedihnye kali n sbb lepat y along buat termasin..
huhuhu...kesian along..
x pe...insyaALLAH..tahun dpn ade lagi..
Ehem...ehem...harapnye..bersama org baru..
hehehehe...
Ana pulak..x berkesempatan buat kek...
sbb pnat kemas umah...y bagusnye..dh lepas kemas..
bdk 2 ekor 2 bersepahkan balik...
geramnye!!!....
pagi raya 2..x sempat bermaaf-maafan..sbb kejarkan masa..
pas solat raya..terus siap2..nk balik kmpg..
mklumla..kmpg atuk bnyk...hehehehe...

N...smpai kat kmpg...suprise...
uncle ana y sekian lama x pulang kerana merajok..
Akhirnya pulang bersama keluarga..ALHAMDULILLAH...
so..sgt bermakna la..paksu y kat Jeddah pun kene balik gak..
sbb maksu y paksa..hahahaha....
pas n dye org sekelurga akn duk sana..jelesnya...
ermm...mcm biasa la...uncle y sorg lagi n angah ana..
support mercun..mak datok!!..besar gle..
y bunge api 2...
nk jadi citenye...
mercun 2 x sempat naik..dh meletup kat bawah..
fuh...nseb baik x de y merana...

Seinfiniti kesyukuran sbb di berikan peluang merasai Syawal..
InsyaALLAH...



ayah..nenek..n atuk..



sempat posing wpun tgh betulkan kete..ish..ish..ish..



posing raye...hehehe...



mengumumkan ketibaan yang berhormat..hehhee...




aala...batang buluh je...angah ni auta je la...




comeynye atok ngn nenek...mcm cucunye gak..




bermaaf-maafan sesama manusia...


sekian...
Wassalam...

Thursday, September 17, 2009

keHangAtan aIdiLfiTri...


tersenyum girang abg long...heheheeh,...



ini la halwa mascard...


ayah berkesempatan mengacau halwa mascard

Salam Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi..
TAraaa...n la halwa mascard...
pernah makan x?..ana x pernah...hehhehee....
Makanan n jadi kebesaran keluarga ayah...
Sedap??....x tau...
Tapi ayah sangat mengemarinya...
Dalam 2 ade kismis...gajus...
Bentuknye cam dodol...
Naka rse???...
Cari la kat kedai...hahahah..

Ok la...
Sampai cni dulu..salam...

Tuesday, September 15, 2009

~maAfkankU teMan~













Bismillahirrahmanirrahim...
Entah kenapa sejak akhir-akhir..
pelbagai dugaan menimpa..
yang paling penting..
ia melibatkan hati-hati yang disayangi..

Maafkan ana teman..
Keadaan mendesak ana begini..
ramai yang menegur perubahan ana..
Adakah ia lebih baik???...
Entah..ana rasa ikatan kasih kami semakin berakhir..
Apa yang ana lakukan ini..

Ya ALLAH..
taktala bedepan dengan salah seorang teman..
Ana dapat lihat..
Ada air mata yang cube ditahan..
Sebaknye...
Sampai hati ana lakukan semua ini..
pada teman yang banyak membantu...
Begini ke akhirnya kita??....

Ana tak nak...
Terseksa...ana cube kembalikan diri ana yang sebenar,...
Tapi keadaan sekarang..
eolah menjerat diri ana sendiri..
Kini..yang pasti..
ana dah pun kehilangan seorang teman baik..
Seorang teman dari kecil..dari sekolah rendah..sekolah menengah..
Dan kini...di universiti...
Ana rase kehilangannya..

Ana tidak mahu menjadikan perkara tersebut menjadi punca nya..
Semuanya terpulang pada ana...
Tak boleh kah ada hati yang cube memahami keadaan ini..
Ana cube bimbang satu perkara..
Jika ia melibatkan keluarga...
Maaf ana pinta..
Hati ana masih dalam genggaman mereka..
Ibu yang disayangi...
Ayah yang dikasihi..
Adik beradik yang dirindui...
Semuanya....

Monday, September 14, 2009

Wahai Wanita..






KUASA LAYANAN PEREMPUAN
• Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN
• Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."




KUASA TAQWA PEREMPUAN
• Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
• Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
• Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
• Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.

JIKA AKU JATUH CINTA



Ya Allah, jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu

agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,

jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu


Ya Allah, jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku rindu,

jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,

janganlah kenikmatan itu melebihi

kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,

jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,

jangan biarkan aku melampaui batas sehingga

melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,

telah berjumpa pada taat pada-Mu,

ingin bersatu dalam dakwah pada-MU,

ingin berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.

Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

AMIN...AMIN...YA RABBALALAMIN..