Tuesday, May 13, 2014

Permulaan yang BARU

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah., masih ada kesempatana ana nak menulis ni. Sbnarnya dalam plan, ana nak tulis diary. At least kalau dh lme tak sharing boleh la nk tulis mende-mende kn. Tp nmpak gaya tak istiqamah betul ana dengan diary ni kn. Maka, atas ingatan je la ye.

Sepanjang hampir masuk 5 bln ni ana tinggalkan blog, banyak yang ana nak share. Kisah manis dan pahit. Bahagia. ALLAH hidangkan kemanisan setiap ujian itu dengan kasih sayang yang terhingga dari nya. ALLAH. Malu rase nak cakap. Hakikatnye, setiap saat rase kasih syg dariNYA dengan rasa sebenar-benarnya. Cinta AGUNG.


Masuk bulan Februari, ana baru sedar sesuatu. Tangungjawab ana dah bertambah. Kala itu, masuk bulan ke tiga abg-abg ana menamatkan zaman bujang. Dan automatiknya, ana jadi anak sulung dalam keluarga. ALLAH. Berat rasenya nak tanggung semua tu. Tapi ana yakin ALLAH akan hadirkan seseorang yang akan memahami tangungjawab ana ni. Insya ALLAH.

Perancangan hidup ana pun dah berubah sekarang. Kerjaya dan keluarga dah mampu berjalan seiringan. Tiada ikatan atau komitmen yang ana fokuskan melainkan perkara ini. ALhamdulillah, ALLAH bagi kesedaran lagi pada ana kn. Ada hikmah setiap ujian yang ALLAH datangkan kn. Syukur. Kekuatan ALLAH mengatasi kesakitan yang ALLAH hadiahkan.

Bukan setakat perancangan hidup ana, bahkan gaya hidup ana sendiri dah berubah. Banyak perkara baru yang datang menjengah. Semua BARU. Cinta BARU. Dunia BARU.

Hakikatnya, semua aturan ALLAH. Sebaik-baik perancangan dari DIA. SYukur setiap lelah ini, di sambut ALLAH. Hurm, setakat ini dulu perkongsian ana. Permulaan untuk memulakan semuala kerajinan menulis di blog. Insya ALLAH. Terima kasih sahabat.

Tuesday, January 28, 2014

I'm Back

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t

Ape khabar sahabt semua. Ape khabar iman?. Apa khabar ibadah?. Insya ALLAH., semua dalam keadaan yang baik-baik belaka. Sebab ape?. Sebab ALLAH yang bantu kita setiap saat penghidupan kita. =)

ALhamdulillah., dah lama tak up date blog ni. Tempoh hari tak berkesempatan satu hal, kemudian blog pulak problem. Tyme tu la pulak. Idea mencurah-curah, hilang macam tu je. Tp tak ape, mungkin ada hikmahnya. Mgkin juga perkongsian ana kala itu lebih bersifat negatif.. Bagi diri ana semua tu betul, bagi nilaian ALLAH, ia akan meberi sudut yang negatif. Wallahualam. Apa pun bersyukur sebab ALLAH yang jaga kan semua itu kan. Seronok ada yang jaga kita kan.=)

Tajuk post ana kali ni sekadar sedikit muqadimah je. Tak pula ana bersedia mencoret apa-apa. Dah lama kan tak menulis. Rasa janggal. Insya ALLAH., ana cuba memberi ruang diri ana tenggalm semula alam penulisan ini. Dan tentunya ana bertanggungjawab memberi input perkara yang membantu mentarbiah kan kita bersama. Kita sama-sama nak menjejaki redha ALLAH kan. Jom la kita share-share perkara yang mendekatkan kita. Andai ada penulisan ana menyongsang matlamat, maka, amat lah sangat ana alukan para sahabat untuk menegur ana.

Seperkara lagi, ana memang kurang gemar untuk bercerita perihal ana di sini. Sebab itu bukan objektif ana untuk buat blog ni. Ini hanya penjelasa sebab ada beberapa sahabat bertanya. Insya ALLAH, kalau ada cerita menarik, atau perngajaran, bukan semestinya dari ana, sudi lah ana memberi ruang untuk berkongsi dengan sahabat semua.

Baiklah., cukuplah ana coretkan dlu di sini. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam perkara yang bermanfaat dalam hidup kita sebagai hamba ALLAH ini. Wallahualam. Salam perjuangan dari ana di sini.