Monday, November 19, 2012

Langkah Bersama

Alhamdulillah, seklai lagi dapat ana luangkan masa utk menulis dlm blog ini. Dah lama sangat ana menyepi, Last update kalau tak silap adalah bulan 5 2012. Sekarang dah bulan 11 2012 kn. Syukur masih di panjangkan nyawa utk sampai ke hai ini, masih juga berkesempatan untuk mencoretkan penulisan.

Pada bulan Jun 2012 tempoh hari adalah genap nya 4 tahun ana belajar di universiti dalam bidang kejuruteraan elektrikal. Selesai juga segalanya walau pun di akhir itu agak kecoh dengan thesis dan pelbagai ragam kawan. Sesungguhnya ini lah duni ana mengenali banyak perkara. Termasuk dlm membina blog ini.


Pada bulan Ogos pula, ana telah mula bekerja di sebuah syarikat bumiputera bahagiaan engineering di selangor. Banyak sebenarnya ana belajar di sana, tapi segalanya bergerak pantas. Akhirnya tak sampai sebulan ana telah berhenti. Maaf ye, bkn di berhentikan tapi ana snd yang nak berhenti. Sebab?..., jeng..jeng...jeng....

Ana bakal menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Betul ke pilihan ana ni?. Jujurnya ana belum pernah merancang nak sambung ni dlu. Sebab nak merasai nikmat bekerja di industri. Namun, sehebat mana pun ana merancang, sesungguhnya ana tewas dengan perancangan Dia. Dia mengerakkan ana untuk mengolah langkah ke peringkat ini. Alhamdulillah sebab di permudahkan segala urusannya.

Bermula la ana sebagai Research Assistant di salah sebuah universiti yang agak terkemuka ni. Di sini, ana belajar perkara baru juga. Bila fikir semula tentang perubahan gaya hidup di universiti dlu dan sekarang, ana sedar, ALLAH nak ana belajar semua berperingkat-beringkat.


Dan sekarang ana masih meneruskan langkah ini. Dalam masa sekarnag ana dalam persediaan pula utk meneruskan pengajian di luar negara. Pada asalnya ana ragu-ragu. Namun, bagaikan ia adalah perancangan yg ALLAH aturkan utk ana, segalanya di permudahkan. Syukur kerana keluarga ana memahami dan menyokong pula pilihan ana ini. Semoga segalanya di permudahkan oleh Allah s.w.t. Amin.