Friday, March 18, 2011

Wasiat terakhir Rasulullah


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Sabda Rasulullah sal-lallahu
‘alaihi wasal-lam, iaitu wasiat terakhirnya semasa memberi khutbah (bukan membaca khutbah) kepada sahabah sahabah dan pengikutnya, pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai Maanusia, sapertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggap lah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan lah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguh nya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu ata mereka ialah mereka samasekali tidak bole memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.
Wahai maanusia dengarlaj bersungguh sungguh katakata ku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Mulim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Olh itu wahai maanusia, nilailah dngan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah di sampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orangorang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku dari mereka yang mendengar terus dari ku.Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah MU kepada hamba hamba MU.

10 Perangkap Syaitan



Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui pintu:

1-Melalui sifat sombong dan angkuh
2-Melalui sifat bakhil dan kedekut
3-Melalui sifat takbur dan bongkak
4-Sifat khianat
5-Melalui sifat hasad
6-Melalui sifat ujub atau bangga diri
7-Melalui sifat suka berangan-angan
8-Melalui sifat suka meremehkan orang lain.
9-Melalui sifat buruk sangka
10-Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat.

Ya ALLAH.., kau jauhkan lah kami dari sifat-sifat ini., YA Quddus., kau MAha Menyucikan., sucikanlah hati kami dari sifat-sifat ini. Amin.
Jom sahabat sekelian., jangan tangguhkan hatimu dalam mencari keredhaanNYA..

Wallahualam..

Thursday, March 17, 2011

Kita Bertanya, Quran menjawab..



Kita selalu bertanya dan kita tak sedar Quran sudah menjawabnya.

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?
Quran menjawab: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,
"Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak di uji?. Dan sesungguhnya
Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang berdusta"( Al-Ankabut:2-3)



Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak ketahui"(al-Baqarah:216)


Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab: "ALLAH tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.(al-Baqarah:286)


Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab: Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman.(al-Imran: 139)


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab: Dan mintalah pertolongan dari ALLAH dengan jalan sabar dan mengerjakn
sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk (al-Baqarah:45)



Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab: Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada tuhan selain daripadaNYA. Hanya
kepadanNYA aku bertawakal (al-Taubah:129)


Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab: Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri
dan harta mereka dengan memberikn syurga untuk mereka (al-Taubah:111)


Kita bertanya : Aku tak tahan!!!
Quran menjawab:".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat ALLAH malainkan kaum
yang kafir." (Yusuf:12)


Kita bertanya : Sampai bila aku akan merana begini?
Quran menjawab: Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
(al-Insyirah:5-6)


Oleh itu..., rakan-rakan.., semua jwapan setiap persoalan anda ada dalam Quran. Mari kita bertadabur. Cukuplah kalau sehari sehelai muka surat. Semoga kita sentiasa terjaga hati. Amin.

Sedikit Perkongsian

Alhamdulillah.., berkesempatan lagi untuk menulis.

Baru beberapa hari yang lepas, ana menghabiskan bacaan sebuah novel.
Kalau sebut pasal novel je mesti org fikir tentang cintan cintun,..
Ana tak menafikan perkara itu. Biase la jiwa remaja.., cme cara pemilihan kita dlm bacaa tu sgt la penting nya.
Dalam zaman serba canggih ni.
Ana dapati kebanyakan pendkwah membuat pendekatan melalui penulisan.
Ana sangat suke...ramai rsenye penulis yang ana nk tulis satu-satu pun lenguh rase nye.
Yang ana boleh suggest spt Hilal Asyraf.
PAda ana, beliau selalu mengaitakn ukhuwah dan hbgn dengan ALLAH...
Alhamdulillah..,

berbalik cerita asal, ana dah menghabiskan sebuah novel bertajuk Curahan CInta Niagara.
Tulisan Maya Iris.
Dalam novel ni.., ayat yang selau di ulangi oleh watak bile di uji adalah
"ALLAH mendatangkan ujian dalam pelbagai bentuk".
Pada ana, penulis telah menghidupkan watak ni seorang yang sangat redha.
Ujian demi ujian. Yang ckup ana terasa bile watak dalam cerita ni menceritakan perubahan pada diri watak semasa sampai ke luar negara,
menceritakan bagaimana penjagaan pergaulan di sana.
Menceritakan detik perubahan...
Cukup menarik..


Terdapat kata-kata yang cukup memenuhi hati ana yang dah semakin layu.
Alhamdulillah...
Semoga sahabat sekelain yang berpeluang.., mencari hikmah dalam setiap perkara yang di lalui....
Melihat luaran.., mgkan terdapat pndagan negatif..
Tp cuba selami..Semoga kita menjadi pendakwah yang fleksibel dan memberi contoh kepada masyrakat..
Beralun mengikut rentak tetapi masih di paksi yang sama. ISLAM...

Wednesday, March 16, 2011

Alhamdulillah

Asslamaualaikum...

Apa khabar sahabat semua?. Daha lama agaknye saya menyepikan diri. Mgkn terlalu bz dengan pelbagai tugasan. Nama pun stdent ag...InsyaALLAH.., ana cuba mencari masa yang terluang. Kali ini., ana ingin berkongsi persaan yang dah lama tersimpan. Terpaksa tangguhkan cite.., heheh..mcm kelakar la pulak.

Sekarang ana berada di tahun 3 pengajian. InsyaALLAH., tinggal lagi sethun je. So., mula bln lima nnti.,ana akan menjalani latihan industri. Alkisah tntg latihan industri pun bermula.

Minggu ke tiga., ada teman-teman yang dah dapat panggilan. Ana belum lagi tyme tu.. Agak tergugat tp diamkan juga. Belum ada rezeki. Kebetulan bz dengan test, yang best nye., ana demam.., dengan seorang lagi roomate.., gara-gara gigi bongsu nk tumbuh.., seminggu lepas 2.., demam ana dtg balik.., hari isnin.., mmg tak larat sangat-sangat. Ana tinggalkan je test tyme tu. Keesokan harinye, alhamdulillah.., wpun bdn rasa sakit-sakit dan lemah., ana kuatkan diri. Tup..tup...ada teman campak kan satu surat utnuk ana.

Surat dari TNB PD..tempat yang ana nak sangat-sangat. Alhamdulillah sangat2.... Segera ana hbgi ibu dan ayah.. Tak terkata tyme tu.... Orang cakap.., bila ada hujan.., ada la pelangi nye nnti. Ni la hadiah ana selepas demam yang agak teruk.

Kesimpulan yang ana nak kongsikan., jagna pernah rasa kecewa dengan jnji ALLAH. Setiap manusia ada rezeki masing-masing. Cume bentuk rezeki itu datang kiat tak dapat pastikan. Wpun rezeki ni datang lambat tap sangat bermakna kerana apa yang ana nak.., ALLAH dah bg.... So.., jangan pernah putus asa dengan apa yeng y terjadi.. Besabarlah dengan senyuman.

Wallahualam....