Thursday, December 30, 2010

Pernikahan Yang Suci Dari Kemaksiatan...

Assalamu'alaikum w.b.t....

Ini hanya sekadar perkongsian. Perkongsian dari seorang sahabat. Untuk ingatan kepada diri ini dan semua....

Hari Bergembira bertukar Menjadi Hari Penyesalan


1.0 Pendahuluan

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

2.0 Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.



Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.



3.0 Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya...

4.0 Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.

Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!" sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas.



Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)

Selepas Tengah Malam
13 Oktober 2010



~ Hidup dengan perjuangan, Syahid menjadi idaman~

Gelombang Hari Pembalasan


Assalamualaikum..

Alhamdullillah, hari ini, akan menghampiri tahun 2011. Bagaiman dengan azam antum semua?. Di sini ana ingin berkongsi 1 artikel yang menarik. Mengenai tahun 2012. Adakah kita sudah menghampiri kiamat?. An sendiri tidak pasti. Apa yang ana faham, pada tahun tersebut, akan berlaku gelombang yang dasyat dan meragut ramai manusia. Betul atau tidak, wallahualam.

"Assalamuaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...

sebagai peringatan buat kita umat di akhir zaman..

Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis




1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi berkenaani huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan di bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar di langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahupada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dankenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...".
Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan munculsuara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, paragadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telahmelaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jikakalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukanhal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA



Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(olehNASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planetjupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberikesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 planet ini telah jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan. AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara dibanjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahunkerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paperbulan februari, kosmo, BH n lain2)

Kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlakudi mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zamanpurba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umatislam...ALLAHHUAKBAR"

Saturday, December 25, 2010

Hidayah ALLAH...

Assalamualaikum dan salam sayang buat sahabat-sahabat sekelain.
Apa sebenarnya hidayah?..
BEtapa pentingkah sebuah makna hidayah?..

Hidayah adalah milik ALLAh.
DIA yang BERKUASA dalam soal HIDAYAH.
Hidayah akan dikaitkan dengan soal iman.
Iman pula bukan la sesuatu yang boleh di warisi.
Semua bergantung pada diri sendiri.
Sejauh mana dan kehendak kita dalam mencari dan terus mencari.
Hidayah itu tidak akan kekal.
Ia akan berubah, dan sewajarnya di pertahankan sebaik nya.

Ana bukan la berniat nak mengaibkan sesiapa.
Apa yang ana nak ceritakan itu, cukup bermakna dalam kehidupan ini.
Seseorang yang ana kenali mula sedar tentang soal hidayah ini.
Sebak bile dia menitiskan air mata keinsafan.
Seorang lelaki sanggup menepis sebuah keegooan demi agama.

Dia yang seseorang yang sangat hidup dalm kelompok sosial.
Selama bertahun terikut2 dengan persekitaran.
Kesal dengan semua itu.., kerana apa??
Hidayah itu telah menjentik dalam sanubarinya.



Ana bersyukur dengan cerita ini.
Hal ini kerana ia menjadikan ana bangga dengan dia.
Ingin ana sekali mendekati dia agar lebih mengenali lelaki itu.
Siapakah dia??..
Biarlah RAHSIA..

Friday, December 24, 2010

Bermulanya...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini bermulanya gerak kerja ana bersama group
"Pembimbing Rakan Siswa" bagi Universiti Malaysia Pahang.
Semoga ia bergerak dengan lancar...Amin..

Penat juga seharian membeli barang, lepas itu pulang ke Pekan pula.
Sekali kawan ana pulak tekunci almari..
Fuh, kol 1 lebih pagi baru kami sampai ke UMP...

Semua dalam kepenantan.
Tapi pastinya semua bersemangat nak menjalankan tugasan ini.
Goo...goo..Chaiyok.
Semoga ia menjadi kebajikan yang boleh di sumbangkan pada umat Islam...

Thursday, December 23, 2010

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum....

Dah agak lama ana tak menjenguk blog ana ini...
Mesti ramai y menunggu.., chewah..
Persoalannye ade ke???...heheheh...
Saje je.., sekadar bermonolog dalaman....
Suke3x!!!....

Alhamdulillah, tak terlewat rasenye untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah...
Kalau ikut kalaender Masihi, tak lama lagi je nak taun baru..
Sekejap je masa berlalu.
Hari ini umur ana 21 taun, esok2...
Kubur pun dah kata mari...ye tak...
So, di taun baru ni, sama-sama kite renungkan sejarah silam,
agar dapt di ukir lakaran masa depan.
"Kita merancang tetapi hakikatnya, perancangan ALLAH adalah yang terbaik".
Itu lah prinsip nya.




Mengimbau liku-liku semalam, tetiba terasa sesuatu.
Apa sebenarnya yang ana dah lakukan untuk agama ana.
Ana bukan la seorang Muslimat yang cukup hebat.
Banyak.., banyak sangat sebenarnya kesilapan demi kesilapann yang telah ana lakukan.
Dalam sedar atau tidak, ana dah mengabaikan banyak perkara.
TErutama dalam melaksanakan dakwah ini..



Makin di fikir, terasa sesak dalam hati ini..
Ya ALLAH, kuatkan lah aku....
Seseungguhnya engkau lah pemberi KEKUATAN...Amin...

Saturday, October 30, 2010

Tragedi Natrah

Assalamualaikum dan Salam 1perjuangan.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepikan diri, terasa ingin mencoret sesuatu. Antunna kenal siapa yang ada dalam gambar ini?. Jujur ana katakan, bagi mereka yang mengeri erti perjuangan Islam, tentunya siapakan wanita ini.



Wanita ini bernama Natrah @ Bertha Hertogh.Hebat sangat ke prjuangan perempuan ini? Seperti cinta Rabiatul Adawiyah? atau cinta Sumayyah?. Pada zaman ini, sukar sebenarnya mencari sehebat wanita syurga ini. Menariknya cerita wanita yang bernama Natrah ini kerana ikatan kukuh persaudaraan Islam di Malaysia.

Hebatnya ukhuwah di kala itu, kerana ramai umat Islam yang bersama-sama memberi sokongan serta membantah penyerahan Natrah kepada keluarga asalnya. Bukan kerana apa, melainkan bimbang jika aqidah Natrah berubah.

Namun, hari ini, adakah semua umat Islam kisah akan semua ini. Bahkan pemimpin Islam sendiri yang merosakkan agama. Ya ALLAH.., ampunilah dosanya. Lihatlah gambar ini..



Apa pandangan antunna semua??.. Marila kita sama-sama renungkan kembali. Sesungguhnya, hanya orang-orang yang beriman dan berfikir sahaja mengetahui dan merasi kebesarannya.

Thursday, October 21, 2010

Bicara Hati..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak lama ana tidak menziarahi blog ini apatah lagi mengupdate.
Sekian lama memendam rasenya, akhirnya ana seakan dapat menikmati keindahan dan kedamaian yang ana impikan. Ape agaknya yang ana repekkan ini. Pastinya berkenaan dengan situasi ana sekarang.

Memegang sebuah amanah yang sejujurnya ana tidak mampu pikul Bukan mudah, bukan senang. Bukan sekadar arahan yang sering bermain di fikiran. Tapi soal hati dan emosi. Bagaimana seorang pemimpin menjadi contoh kalau mudah melatah bila di sergah. Masa sudah tentu di korbankan. Untuk ape? Ape yang ana dapat. Sekadar sijil , ana tidak pernah heran. Tapi 1 perkara yang ana pegang sampai ke hari ini adalah kebergantungan kita pada ALLAH s.w.t.

Tidak pernah dalam perncgan ana untuk menjadi seperti hari ini. Tapi ana yakin, semua aturan ALLAH. Justeru ana pikul demiMu ya ALLAH. Untuk perkara tersebut, dekati lah dia. Agar hati sentiasa tenang menghadapi setiap cabaran.

Ana masih ada 1 semester zaman pemerintahan. Ana harap dapat buat yang terbaik. Bukan untuk ana, tapi untuk semua penghuni Kolej Kediaman ana sendiri.

Wednesday, October 6, 2010

Rindu..

Salam....

Sudah agak lama x menjenguk ke blog ana ni..
x sempat nak post atau komen ape2...
terkadang 2, rasa rndu mengamit jiwa..
almaklum la..
sblm ni, ana rasa blog ni la tempat meluahkan perasaan...
tapi sekarang,, kesemptan 2 hilang..
kenapa???..

InsyaALLAh.., ana akan kembali bersama blog ni..
tunggu ye..
terima kasih kepda pembaca yang sudi singgah di blog ini...
Ana benar2 menghargai nya...

Salam Ukhuwah..salam Kasih sayang kerana ALLAH...

Saturday, June 26, 2010

World Cup Vs. GAZA



Salam sayang buat sahabat sekelian...
Alhamdulillah..., bertemu lagi ye....

Erm..ape berita terkini??...
ye...pastinya mengenai Isu Freedom Flotilla
Erm..ni la kisah di GAZA baru2 ini..
Beberapa kapal yang membawa bantuan kemanusiaan telah di halang oleh tentera Israel..
Jahatnya mereka....
Kononya mereka mengesyaki ada kemasukan senjata bagi membantu HAMAS...
Ish...harap je belajar pandai2...
penat je cikgu ngajar kat sekolah..
last2..., jdi bodoh sombong....
Dunia.....


Ape y mereka takut sgt..
owh..pengecut rupenye mereka ni...tau pun takut..
Tu belum lagi ALLLAH turunkan bala'...
Ha...tak keruan la Israel nanti...

Tapi...
yang membuat kan ana bengang tu pulak..
World Cup...
wahai umat Islam semuanya..tu semua propaganda Israel la...
Artis Malaysia pun termasuk la...
minat itu la.., minat ini la...Ape kes..
cube2 la jadi bdk pandai ckit..
bg contoh ckit...
ni pun sama....ish2....
konfius ana.....


Apa pun.., ana doakan kepada saudara mara ana yang jauh di palestin..,
sentiasa kuat dan tabah...
menghadapi cabaran ini...
Ya..., ana tau..., cakap mmg mudah...di sini.., ana di Malaysia...,
akan berusaha...berjihad melalui pena atau sebagainya..,
bagi menganti dan sebaris dengan antum semua..
dalm perjuangan Islam...

Takbir!!!!..
ALLAHUAKBAR!!!...

Friday, June 18, 2010

Selamat Bertunang...



Alhamdulillah.., syukur...,
malam tadi dua orang sahabat ana telah mengikat tali pertunangan mereka.
Baguslah.., dah merancang..
Rasa cemburu pulak ble tgok orang dh berunang..
Hari tu dah la gi umah orang kawen..,
kali ni.., kawan ana sendiri dah bertunang..

Ucapan ana pada mereka..,
Semoga ikatan pertunangan itu berakhir dengan perkahwinan..
Berbahagia sampai ke anak cucu, cicit.., dan bla..bla...

Namun.., ada beberapa perkara yang harus diingatkan semasa tempoh pertunangan ni..
Bahkan cabarannya lebih besar...
Sewajarnya, pertunanagn itu di rahsiakan..,
Ia adalah kerana sekadar sebagai tanda.
Dan belum tentu ia berakhir dengan perkahwinan.
selain itu juga.,
pertunangan bukan lah suatu tiket utk lelaki dan perempuan itu,
ke hulu ke hilir asyik bersama.
Pada ana masa bertunang ni la semua tu jadi x boleh..
Kata-kata org tua., darah manis..



selain itu juga., pada ana pertunangan itu boleh terjadi tanpa sedar..
Eh..betul ke??...
nanti.., dengar dlu penjelasan ana ni..,
Kadang kala, anatar lelaki dan perempuan ni biasa nye akan berjanji.
Bile berjanji., macam-macam la..
Perjanjian itu la pertunangan yang ana maksudkan..
Berjanji utk menikahi selepas 4 tahun, contohnya...

Apa-apa pun.., apabila bergelar tunangan orang,
Harus diingat.., batas-batas tetap perlu d jaga ....
Mereka tetap bukan halal bagi kamu.
Semoga sahabat-sahabat ana yang akan menyusul,
mempunyai matlamat baitul muslim...
Demi ISlam...
Waalhualam..

Thursday, June 17, 2010

Apa Nak jadi????



Salam sayang buat sahabat sekelian....


Apa nak jadi dengan dunia sekarang ye...
Pelik dan aneh....
Yang halal di haramkan ...
Yang haram di halal kan....
Tak sedar ke mereka..., mereka hanya la manusia biasa..
Berani pula melawan ketentuan yang Maha Pencipta.


Malaysia...oh tanah airku...
Sebuah negara Islam lagi ke??...layak ke??...
Entah...ana tak tahu siapa yang menberi penghargaan sebegitu...
Nak juga ana bertanya .., bagaimana antum menilai status sebuah negara Islam...

Pemimpin tidak pernah peduli autrat keluarga...
Layak ke menjadi pemimpin??..
Dengan selamba membiarkan tubuh isteri dan anak-anak menjadi tatapan umum...
Peh...memang pelik...tu namanye tak sayang pada mereka la....
Ada lagi.., boleh pulak hukum ALLAH..., buat main-main...
Ape cerita ni???..
Hukum minum arak...terang dan jelas...
Ada pulak pemimpin yang ingin menyelamatkan hukuman tersebut,,
Wah..., hebatnye...ke.., pemimpin tersebut minum arak??..

Hairan vs. Pelik...
Kononya budaya omputih.., semua nak ikut...
Tapi dari segi teknologi..., hampeh sahaja...

SUBHANALLAH...ape nak jadi ni???..

Ya ALLAH.., kau lindungi lah aku dari perkara-perkara maksiat ni....
Jauhkan aku dari kemurkaan MU....
Ya ALLAH..., beri lah Taufiq dan Hidayah kepada mereka...,
agar mereka tidak terus lalai dan leka dalm permainan dunia ini...
AMIN...YA RABBAL ALAMIN....

Dia Datang LAgi...


Alhamdulillah..syukur...
Rejab telah tiba..Ini bermaksud Ramadhan semakin hampir...
Bagaimana persiapan ku dalam menghadapi Ramadhan kali ini ye...
InsyaALLAh.., makin bertambah-tambah kuat menghadapi ujian...
Tidak lupe.., semakin bertambah ibadat ku..AMIN...

Uniknya pada 1 Rejab kali ini.., ana ada di rumah..
Family ana semua ada di rumah..
Dan kami memutuskan untuk berpuasa bersama-sama...
Sungguh indah...dah lama juga kami tak berkumpul macam ni...
Syukur masih di beri kesempatan..
Dengan pelbagai keadaan., dapat juga ana meluangkan masa bersama keluarga...
HArapnya..., Ramadhan nanti.., ana masih ada masa untuk bersama keluarga..

Oleh itu..., ana mengajak kepada semua sahabat-sahabat sekelain...
YAng mempunyai masa yang terluang ini...,
Bersama-sama la kita mengambil manfaat nya...
Jom kita berpuasa bersama-sama...
Beribadah bersama-sama..
Semoga ukhuwah kita terus mantap...AMIN...


Wednesday, June 9, 2010

-Short Sem.....~



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Agak lama ana menyepikan diri dari blog ini..
Sebabnya.., masa datang idea nk tulis..., x de kat depan laptop..
So..., idea terus hilang....
Sadisnya....

Owh..., kali ini ana nak cerita tentang short sem ana..
Well.., sayang sangat kat UMP ni.., so...stay la kat sini ye...heheh..
Erm...macam-macam hal berlaku ...
Nasib baik ana ada kat sini..
Payah jugak kalau ade masalah..
tapi ana ada kat umah..
Wah...!!...jeles sungguh kat umah.., sbb semua ada kat umah..
Ana seorang je di perantauan..
RIndu sanagt2 pada mereka...
N buah hati ana.., si Boolat dan si Kontot...



Hurm...dah 2 minggu ana makan maggi sahaja..
Diet duit..hehehehe...
Almaklumla....nama pun belajar kan..so.., ini lah kongklusinye...kui...kui..
Tidak mengapa...tak ade masalah pun...

Ok la...ana pun tak tahu nak menulis ape lagi..
Len kali je la kte berceloteh...
Salam Sayang..dari Aku AL-nisa...


Monday, May 24, 2010

Virus-virus Ukhuwah



Assalmualaikum....

Buat sahabat-sahabat yang di kasihi sekelian..Bagaimana hari ni?..Sihat kah??..Bagaimana pulak dengan ibadahmu?..
Sahabat sekelian..,
Rindu tak kapada sahabat yang tidak ada bersama kita di kala ini?..

Rindu pada tawa.., usikan.., dan pastinya pada ingatan dari sahabt-sahabat sekelaian yang akan membawa ke arah individu muslim yang mantap. InsyaALLAH..AMIN...
Di sini ana ingin berkongsi mengenai virus yang melanda ukhuwah.

1)Bercakap dengan sahabat dengan nada yang kasar. Kadang kala kita tidak sedar kita telah menguris hati sahabat. Perbuatan yang kasar dan bahasa yang kasar akan lebih melukakan hati sahabat.

2)Apabila mengkritik., janganlah terlalu keras. Maksudnya mengunakan ayat yang manis dalam mengkritik dalam kata lain mengkritik dengan berhemah.


3)Apabila menegur, jangan di khalayak ramai. Hal ini kerana lumrah manusia untuk bersifat malu apatah lagi di khalayak ramai. Ia akan lebih memalukan sahabat seterusnya membentuk sahabat yang berfikiran negatif.

4)Mudah berpransangka negatif adalah perkara yang tidak sepatutnya ada dalam ukhuwah. Ukhuwah akan membina kepercayaan dan kasih sayang. Masakan seorang sahabat berfikiran sedemikian sekiranya mempunyai ciri-ciri tersebut.




Itulah antara virus-virus dalam ukhuwah. Semoga ana bersama sahabat-sahabat lain di jauhkan dari virus ini, Nauzubillah..



Sekian.., Wallahualam..

Thursday, May 20, 2010

-Mencari Kesempurnaan....~




Assalamualaikum...

Salam sayang buat pembaca sekelian. Alhamdulillah kerana masih di beri masa dan waktu serta kesempatan dalam mencoret serba sedikit pandangan. Dah agak lama ana tidak melawat blog ni...Kini.., di beri masa lak..




Mencari kesempurnaan. Manusia itu tidak semuanya sempurna..., pasti akan ada kekurangan. Namun.., kebanyakan manusia sering menuntut kesempurnaan bahkan mencari jalan untuk sempurna. Tidak salah untuk sempurna kerana ia adalah fitrah tp bg ana salah bila sesuatu yang tidak sempurna dan kita mempertikaikan tanpa usul periksa.., maksd nya.., kita sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku tetapi dengan sewenang- wenangnya menghukum sesuatu. Wajar kah begitu?...

Sahabat yang di kasihi sekalian, ana perumpamakan manusia ni macam pokok.. Ada pokok yang daunnya besar.., ada gak yang ada duri.., tapi adakah kita perlu mempertikaikan kenapa pokok itu mempunyai duri?.Dan kita membandingkan pokok berduri dengan pokok yang mempunyai daun besar.?.Dan ada yang merasakan pokok yang berduri itu lebih baik.. Layakkah kita mempertikaikan sesuatu.. Ana tidak faham kenape begitu.


Hakikatnye semua manusia mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu. Tapi jangn la cepat menghukum sesuatu tanpa usul periksa.Ana paling suka bunga tulip.., pada ana bunga tulip adalah bunga yang bersifat sederhana..

Semoga ia menjadi pengajaran pada diri ana seterusnya memberi panduan dalam kehidupan ana selepas ni.

Wallahualam....

Tuesday, May 11, 2010

Sanahewa~~~



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...7 Mei 2010..
Cukup umur ana 21 tahun...syukur..boleh kawen dah ni..hehhehe...
Syukur sbb dapat jejak umur ni...
semakin hari semakin matang..insyaALLAH....

Terima kasih kepada sahabat2 yang wish kat ana...
Actually mlm 2.., hampir terlupe kot....sbb penat sgt..
pastu melayan cite la....nseb baik ade org kol...tau la birthday dah sampai...
Ade gak y wish sehari awal...iaitu Mohd Amir Syafiq dan Nur Atikah @ Boolat..
Ni kawan-kawan kat matrik dlu....terima kasih ye...

Ade gak y bg msej....x sempat lak nk balas,...maaf sahabat..
Buat keluarga.., terima kasih kerana always support...
Selalu memberi perangsang pada ana....
Mereka lah permata hati jiwa dan raga....
Family first...

Wednesday, April 21, 2010

3 Perkara Yang Perlu diIngaTi...

Wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali RA:

Wahai Ali, bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci akan perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendah diri

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhkan diri daripada kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH S.W.T.


Dimanakah diriku ini...sudahkah semuanya kulaksanakan....
Insaflah Wahai Diri....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, April 20, 2010

Alhamdulillah...Syukur...




Jalan Pulangku


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

Wednesday, April 14, 2010

Titisan Yang Berharga...




Menangislah....pasti antara titisannya itu ada penawar. Manangislah.., pasti antara titisan itu bisa menyejukkan jiwamu...Menangislah.., pasti hangatnya air mata bisa menghangatkan hatimu.. Tanpa titisan barangkali hati menjadi keras. Maka..., lembutkan lah hati sebagaimana air melembutkan kerak nasi...Wallahualam..



p/s: syukran pd ukhti Munirah....

Monday, April 12, 2010

Buat Wanita....

Assalamualaikum....

Terjumpe post yang menarik...
Buat peringatan diri sndiri gak...
Mari sama-sama kita renungkan...
dari blog sahabat ana
http://fakhrullahghazali.blogspot.com/2010/01/untuk-wanita-2-tabiat-bawa-ke-neraka.html

Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..
Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Astgrfirullahalazim....Insafnya diri ini...
Semoga ia menjadi ingatan dalam hati ku..AMIN...

Thursday, April 1, 2010

Erti sebuah KEREDHAAN



Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur


Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.


Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.




Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"


SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...




Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

Saturday, March 27, 2010

Langkah Tercipta




Salam...buat para sahabat sekelian...
Pelbagai rintangan ya ana hadapi.., dan seorang ukhti menyampaikan lagu ini kepada ana....
Semoga ia menjadi penguat hati ini...AMIN....

Langkah Tercipta- UNIC
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

Cemburu dengan bidadari Syurga???




Sekadar menyampaikan........
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..


Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya.. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong.. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j

---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.


"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )


"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..


Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga...

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)


..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

~Cerita Seorang Manusia~

Malaikatmu.. ...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....


Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."


Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan
sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"


"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""
Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"


"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"


"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,


dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar....sesunggu hnya
Syurga itu dibawah telapak kakimu...

> Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
> 1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
> 2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
> 3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-
dosa yang
> silam
> 4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
>
> "Sampaikan! lah walau satu ayat"

Friday, February 19, 2010

KEMBARA 10



Assalamualaikum sahabat semua ???
Ape khabar lahiriah dan rohani???
Semoga sihat hendaknye....

Mailidur Rasul Bakal tiba..
Ana bagi pihak Perwakilan MAhasiswa Kolej Kediaman 3.
MEngalu-alukan penyertaan semua.
Ade macam-macam pertandingan.
MAse ni la, tunjukkan bakat masing-masing....

JAngan lepaskan peluang ini.
Sama-sama lah kita menghayati..
Sirah perjuangan junjungan besar kita,
Nabi Muhammad s.a.w
Semoga menjadi panduan kita...Amin,,,














JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!!!
MAI...PAKAT RAMAI-RAMAI DATANG!!!!