Monday, November 30, 2009

Bertemu kembali




Assalamualaikum...

Syukur,,ada sedikit perubahan dlm blog ana..
Walaupun nmpak kelem kabut,
Ana bersyukur kerana dapat mengubahnya..
Kerana ana dlm proses mempelajarinya...

Tidak mengapa jika ada yn sudi comment..
Harap-harap dpt membantu ana..
Dalam proses pembelajaran ini..
AMIN.....

Friday, November 27, 2009

Muhasabah Cinta

Salam kasih buat teman-teman sekelian.....

ALHAMDULILLAH...
Beberapa hari yang lepas, ana telah mendengar sebuah lagu..
Indah..SUBHANALLAH!!..
Mari kita hayati bait lagu ni..
Alangkah indahnya dapat kita selaminya..
ALLAHUAKBAR!!...

"
Wahai pemilik nyawaku,
betapa lemah diriku ini,
Berat ujian darimu,
Ku pasrahkan semua padamu.

Tuhan, baru ku sedar,
Indah nikmat sihat itu,
tak pandai aku bersyukur,
Kini kuharapkan cintaMU.

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku,
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku.

Butir-butir cinta airmataku,
Teringat semua yang kau beri untukku,
Ampunilah khilaf dan salah selama ini, Ya Ilahi,
Muhasabah cintaku.

Tuhan, kuatkan aku,
Lindungiku dari putus asa,
Jika ku harus mati,
Pertemukan lah aku dengan cintamu.

Amanah

Salam Rindu buat teman sekelian.

Amanah adalah suatu tangungajawab yang di pertangngungjawab kan kepada seseorang. Apabila kita bercakap dengan amanah, jangan kita lupa. Setiap manusia itu memagang amanah sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini.

Sifat amanah dikatakan sebagai sesuatu beban yang tidak terpikul dan telah ditolak oleh makhluk-makhluk Allah SWT yang lain, namun disanggupi oleh manusia untuk memikulnya. Ia berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

''Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan' (surah al-Ahzaab, ayat 72).

Sifat amanah ini adalah merupakan antara empat sifat-sifat wajib yang ada pada Rasul selain Siddiq (Benar), Tabligh (menyampaikan) dan Fatonah (bijaksana). Sifat amanah Nabi Muhammad SAW merupakan model nilai-nilai murni yang sempurna dan unggul yang harus diterapkan dan diteladani dalam kehidupan.

Rasuluallah merupakan contoh terbaik dalam menjaga amanah . Untuk itu kita sebagai umat nya WAJIB untuk mencontohinya. Ikuti sunnahnya. InsyaALLAH, kita akan terdorong dalam jalan yang benar.

Kadang kala kita di hadapkan dengan suatu amanah yang tidak di jangkakan. Rasa macam tak mampu untuk pikul. berbolak balik hati. Namun, apabila di renungkan semula,apakah sebenarnya mesej yang ALLAH ingin sampaikan, terasa betapa ALLAH mengetahui bahawa kita layak dan mampu menangungnya.InsyaALLAH..

Akhir kata, semoga amanah yang telah di pertangungjawab kan kepada kita dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin...
Wallahualam..

Wanita Itu Fitnah




Salam ukhuwah, salam kasih, salam sayang kepada saudara-saudaraku sekelian..

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita." (Riwayat Al-Bukhari)



Telah tertulis, bahawa wanita itu cantik. Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum. "Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 1)

Jelasnya, kadang kala kita sebagai seorang wanita, bicara kita menjadi intaian sang kumbang. Ana akui kini di setiap institusi majoritinya adalah wanita. Cabaran sebagai seorang wanita yang ingin bergelar seorang MUSLIMAH SEJATI, INsyaALLAH, sangat besar. Ana sendiri, terasa sangat berat. Apatah, kadang kala terpaksa mempunyai banyak urusan dengan lelaki. Erm..hati ana ni pulak mudah kasihan. Kadang kala niat ana kala itu sekadar menghormati sahabat-sahabat yang lebih senior, tapi lain pulak jadinya.
SUBHANALLAH...

Apa-apa pun, ana ingin mengajak para muslimah sekelian, berhati-hati lah,. Kadang kala, wajar jika kita bertindak keras kepada mereka. Apatah lagi andai antara kita bergelar seorang PEMIMPIN.

Setakat itu sahaja, wallahualam...

Monday, November 2, 2009

Tips Kejayaan...




Assalamualaikum....
salam kerinduan pada teman-teman sekelian...
Minggu peperiksaan kian membara..
Di sini ana ingin berkongsi sedikit ilmu..

Bersempena dengan peperiksaan yang bakal menjelang..
Ana dapat tips kejayaan:

1-Kebergantungan diri kepada ALLAH..KepadaNYA lah kita minta segala hajat. Hanya DIA yang mampu menentukan yang terbaik buat hambaNYA.

2-Ingat ALLAH, Berusaha, berdoa dan bertawakal. Usaha dengan sesungguhnya usaha, berdoa dengan penuh keinsafan dan bertawakal dengan keyakinan bahawa ALLAH pasti memberi apa yang terbaik buat kita.

3-Percaya , yakin dengan janji ALLAH. Apabila kita membantu agama ALLAH, ALLAH akan membantu kita. InsyaALLAH..

4-Target, matlamat, visi dan misi jelas. Letakkan target pada tempat yang kita selalu lihat. Jangan simpan dalam minda dan akal.Sbb akal boleh menipu. Tampal di bilik, Cthnye. kita nak 4.00. Tampal di dpn meja belajar. Dari segi psikologinya, ia sangat2 membantu...

5-Disiplin.. Sentiasa masalah ini timbul.. Ana sendiri akui diri ana pun cam 2.. Pd ana cube cari masa kualiti .Lebih baik sekejap je tapi dapat semua.

6-Ingat lah bahawa ilmu iti dari ALLAH. So, kalau rase blur je..katakan pada diri.. Ini ilmu ALLAH...dan gunakan Bicara Hati untuk memperoleh ilmu itu.

7-Doa dan restu ibu bapa sangat penting. Redha ALLAH terletak pda keredhaan mereka.

Semoga kita dapat amalkan. Syukran di ucapkan kepada Akhi Tharmizi atas perkongsian. Semoga akhi berjaya dalam final nnti dan dalam L.I gak.




P/s: Makan nasi minyak nnti, jgn lupe jemput. Nk jadi pengapit pengantin perempuan boleh...hehehehe....boleh ye kak...Janagan marah..

Salam sayang...
Semoga antum semua berjaya dan sentiasa tenang serta ingat pada ALLAH ketika peperiksaan berlangsung...AMIN...


WALLAHUALAM.....