Thursday, July 25, 2013

Kisah Sekeping Hati

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati

Hadis di atas jelas menunjukkan hati adalah raja bagi tubuh badan kita. Jika hati kita baik, maka elok lah perlakuan kita namun jika rosak hati kita, maka rosaklah juga seluruh anggota tubuh kita. Betapa besarnya tanguungjawab kita dalam menjaga hati ini sebenarnya. jangan sekali-kali di biarkan hati ini berpeluang melakukan kemaksiatan.

Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah ada menerangkan, hati ini ada tiga (3) jenis. Pertama Qolbin Salim, yakni hati yang sihat. Hati ini bersikap terbuka dan menerima sebarang teguran dan nasihat kebaikan. Kedua pula, Qolbun Mayit iaitu hati yang mati. Jenis hati ini sangat bahaya kerana sebarang nasihat dan teguran langsung tidak dipedulikan. Ketiga dan terakhir pula, Qolbun Maridh, hati yang sakit. Hati ini lebih kpd 50-50, ke arah kebaikan dan kemaksiatan.Namun apalah sangat kita sebagai manusia untuk bertahan jika dalam keadaan baik atau sebaliknya. Hati dan nafsu ni cenderung melakukan perkara sebaliknya. Maka, adalah wajar untuk kita menjadikan hati ini dalam keadaan yang sihat sejahtera.


namun demikian, hati ini milik ALLAH. Hanya DIa berhak untuk mengerakkan hati ini untuk mereima hidayah dengan mengungkapkan 'kun fa yakun', jadi, maka jadilah ia. Sekeras mana pun hati seseorang itu, andai ALLAH datangkan hidayah dalam hidupnya, insya ALLAH boleh berubah. Alangkan seketul batu yang keras pun boleh lekuk dek titisan air sahaja, ini kan pula hati manusia. Boleh dipujuk.

Andai di kala ini sahabat sedang di landa penyakit hati, cepat2 beristigfar. Mohon keampunan padaNYA.Penyakit hati ini terlalu banyak. Hati yang cintakan dunia sahaja, segalanya di serahkan pd dunia, seakan kita hanya hidup di dunia sahaja. Tidak di nafikan ana sendiri pernah merasai penyakit hati itu. Bersyukur sangat kerana ALLAH mengizinkan melalui saat 'gelap' itu agar hari ini hati itu dapat di sedarkan semula. Alhamdulillah , syukur.

Hati kita semua milik ALLAH, kadang kala ALLAH datangkan kekecewaan kita pada seseorang demi menunjukkan kebergantungan pada manusia itu dusta semata-mata. Hanya Dia yang Hakiki dan selayaknya tempat bergantung. Ada juga ALLAH jadikan hati mereka perasaan hasad,andai kita tahu, cept-cepat mohon agar ALLAH bantu dye memelihara hati mereka agar sentiasa bersangka baik pd kita. Kita boleh berusaha andai salah faham berlaku, namun jika hati itu menolak penjelasan kita, ketahuilah, hati mereka sedang di uji, seharusnya sebagai seorang sahabat berilah ruang dan berdoa untuk sahabat kita agar di lembutkan hatinya. Sesungguhnya ALLAH sebenar-benar pemilik hatinya.

Jelasnya, hati ini harus dijaga., jangan biarkan ia sakit, jika sakit ubati segera. Jika hati ini sering resah, gundah gulana, ketahuilah ada sesuatu yang akan menenangkan kita dari semua itu. ALLAH.

Thursday, July 18, 2013

Bicara Seorang Wanita bernama Isteri

* Maaf, post ini terpaksa di delete bagi menjaga aib.

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan al-Mubarak

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah., akhirnya di keheningan subuh ini dapat juga blog ni aktif. Maaf kiranya ana lewat mnegucapkan Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat semua. Ana mengalami sedikit maslah teknikal 2 3 hari ni menyebabkan kekangan utk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Syukur ke hadrat ilahi, keberkatan di waktu subuh ini., dapat juga menjengahnya. Tidak lewat anan ucapkan kepada sahabat-sahabat sekelian, selamat menjalani ibadah puasa. Ampun maaf di pinta. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberi lebih banyak kebaikan pd diri kita dari segala aspek terutama dlm pengabdian kita padaNYA, insya ALLAH.


Setinggi kesyukuran sama-sama kita panjatkan kpd ilahi, dgn keizinan, kasih sayang serta rahmatNYA, dapat lagi kita bertemu Ramadhan kali ini. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir. Maka hargailah saat-saat manis ini. Sepertimana yang kita ketahui, saat Ramadhan menjengah, para iblis dan syaitan telah pun di ikat manakala para malaikat sibuk mencatat kebaikan kita saban hari. Subhana ALLAH, terlalu agung rahmat dan nikmat yang terkandung kasih sayang yang DIA beri kepada kita. Syukur Alhamdulillah.


Perkara paling jauh adalah masa lampau
Perkara paling dekat ajal maut


Setiap saat yang kita tinggalkan di belakang adalah saat paling jauh dengan diri kita. Maka, setiap saat yang berlalu sangat berharga. Justeru di Ramdahan yang barakah ini, besama lah kita meningkatkan ibadah kita padaNYA. Kalau kita nak beli barang mesti ada checklist kan. Supaya kita tidak tertinggal perkara-perkara penting utk di beli. Ramadhan kali ini, kita checklist keperluannya ya,


Maaf disitu, kita sekarang menjalani Ramadhan 1434H, bukan lagi 1433H tau. Ana ambil dari blog kenalan je. Tapi tak mengapa kan. Yang penting isinya. mari kita kejar segala amal ibadah kita agar dapat di tingkatkan saban hari, bukan setakat dalam bulan Ramadhan ini sahaja, insya ALLAH. Sudah kita check list blum?. Ini ana kongsikan pulah checklist ibadah peribadi antum.


Kita hnaya manusia biasa, tidak terlepas dosa. Jadiaknlah Ramadhan ini, titk perubahan dalam hidup kita. ANa bukan insan yang baik pun. Biasa, insan biasa sahaja. Namun as manusia, fitrah ingin kebaikan tidak putus-putus ALLAH terbitkan dalam sanubari. Jadi tidak salah kiranya kita sama-sama memohon keampunan dan keredhaanNYA. Ambil kesempatan di bulan mulia ini memulakan nafas baru. Insya ALLAH. Saling kita doakan antara satu sama lain ye.

Ok, semua dah ready kan. Jom, sila isi sebaik-baiknya. Mdah-mdahan dengan apa yang ana kongsikan dapat para sahabat manfaatkan sebaiknya. Akhir kalam semoga ibadah kita hari ini, sebelum dan selepas ini sentiasa di terima oleh ALLAH s.w.t, seterusnya hidup kita diiringi keredhaan dan keampunanNYA.Insya ALLAH, AMin. Sekian dulu dari ana. Wallahualam.




Tuesday, July 9, 2013

The Worldly Life -Maher Zain

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t

Sekadar berkongsi lagu Maher Zain. Jom~~

Oh beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We've all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay

This worldly life has an end
And it’s then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It’s just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the cave (Al Kahfi)
Wake up and make a choice
Before we end up in our grave...(oh God)
You didn’t put me here in vain
I know I’ll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it’s taking me back to You

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they’ll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation


(sekadar berkongsi lirik, bukan mengikut urutan sebenar)

S.A.K.I.T => Si Penghapus Dosa

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, dan salah satunya Sihat sebelum Sakit. Alhamdulillah, semua itu nikmat bukan?. Erk, rasa sakit, rasa sedih, rasa tertekan, rasa cemburu, rasa gembira, semua itu satu nikmat. Mengapa ana berkata begitu. Ini kerana hidup kita berpola. ada naik turunnya. Ada seri lah orang kata. Aiit??, sakit pun seri ke?. Ye betul tu. Cuba sahabat sekelian berfikir sejenak. Kalau kita sakit biasanya apa yang kita lakukan. Duk meringkuk sorang-sorang kan. Konon tak nk share ngan sesape. Bajet macho la tu kan. Tp dlm masa yang sama, pasti fitrah sebagai HambaNya akan merayu padaNya. Siapa lagi kalau bukan Sang Maha Pencipta, ALLAHU AKBAR.

Lihat disini, betapa hebatnya rasa kebergantungan kita pada Si Dia kan. Ubat sekadar asbab je pun, ada ape kisah. Ada sorang sahabat ana, tak suka makan ubat (termasuk ana), alasannya, ubat2 ni tetap ada kesan yang sebaliknya. Itu satu perkara yang lain lah. Tp nak cerita betapa tingginya pengharapan serta kebergantungan sahabat ini pd ALLAH. Usaha tetap usaha, bahkan kita di galakkan mencegah dari merawat bukan. Namun hakikat yang pasti semua di atas keizinannya.

Bukan setakat itu sahaja, sakit juga dikatakan penghapus dosa-dosa kecil tau.
ALLAH merindui kita. Itu yang pasti. Tyme sakit2 cenggini, rasa nak suh orang2 tersayang protect kita kan... So sweett~~. Chewah~~. Tapi sedar tak, orang yang benar2 sayangkan kita setia di sisi gtu. Sama lah ana, tyme sakit, alahai, rindu kat ibu n ayah.. X heran sanagt nk bg tau org len.. Bukan la nk nyusahkan ibu bapa tapi bile cenggitu, rase mengalir kasih sayang ALLAH dari belaian mesra ibu n ayah..Betul tak?

Sakit, susah , derita, penat, letih, semua jadi satu. Namun, dgarlah bingkisan sang kekasih ALLAH ini,
Ana bukan orang yang ada sakit kronik, alhamdulillah, sikit-sikit macam gastrik n migrain bese je, lagi pun ana mmg kurang daya ketahanan, kalau tgok ana kuat 2, mean, bajet gwiyomi jwe tu... Tapi ana di kelilingi mereka yang sedemikian. Ayah ana skrg jdi OKU. Mak ana pernah menghdap Kanser (alhamdulillah, makin pulih), abg ana ada bla bla... abg yang kedua pun bla..bla...adek pun ade bla..bla..masing-masing ade specialist termasuk ana (6th sense). Tapi syukurlah. Kami hdup bahagia. ALhamdulillah. Sebab kebahagiaan itu bkan letak pada luaran, tapi dalaman. Kiat yang pilih kan.

Semua dugaan dan cubaan ini sebenarnya bisa berkait rapat dgn hati kita. Mana tahu, hati ini semakin hari makin kelam. Maka ALLAH hantarkan ujian, takala ini, lidah pasti terbiasa dengan lafaz-lafaz zikrullah. ALLAH. Dengan zikir si pengubat hati, dapat berdoa agar sakit ini menjadi nikmat berharga lantaran kemungkinan dosa kita kian tak tertanggung di bahu kirimu itu.

Ni ana bawakan bersama,
Betulkan. Maka, mari kita hadapi semua ni dgn senyuman. Bukan ana mengharapkan bencana. Tapi apa pun yang berlaku, hadapilah dengan senyuman. Step forward and always keep ur smile. Everthing will beautiful like what u think.

Wallahualam.

Monday, July 8, 2013

Dunia Baru

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dh lama rasanya tinggalkan blog ni.Ish2 banyak kerenah.Rasanya setiap kali penulisan pun mcm ni jugak ye. Maaf buat sahabat2 semua. Kalau nak di ikutkan banyak perkara mahu di kongsi bersama. Mula-mula selepas tamat pengajian, ALhamdulillah, tertunda bila dah bekerja, kemudian belajar semula, especially tyme PRU-13. Banyak sgt nak kongsi tapi kekangan masa kononnya menghalang. Tapi tidak mengapa sebab banyak info boleh di dapati di facebook kerana rata-rata agak bz dgn facebook kan.

Insya ALLAH, ana cuba untuk mengekalkan kan momentum ini. Menulis. Bukan satu paksaan melainkan memang dari hati. Mgkin penulisan ana lebih menjurus kpd pandangan semata-mata, tidak berbentuk ilmiah sangat kan.Al-maklumlah, ana bukan dari kalangan cediakwan apatah lagi golongan tarbiyah. Erk, adakah ini alasan?. Mestilah tidak, Sebab itu setiap kali ada post yang menarik, ana cuba copy n paste (berkeizinan).

Kalau nak diikutkan mesti orang lain punya blog tiptop. Ye la, dunia IT sekarang, ramai dah pandai godek-godek laman sesawang ni. Ana je kn ketinggalan zaman. Hehehe. Tapi tak mengapa kan. Anan cuba baiki sebaik mungkin.

Jadi sekiranya ada sahabat yang ingin berkongsi pendapat dan pandangan, sila beri tunjuk ajar. Ana sangat mengalu-alukan. Sekian dulu tinta ana ini. Syukran bagi yang meluangkan masa bersama.

Menerobos Masa


Jauh, hati ini menjauh..
Meninggalkan kisah-kisah lalu,
Yang tiada penghujung.
Diam, seribu bahasa,
Biar pandangan merungkai bicara,
Mungkin ini jalannya,
Maka senyumlah seikhlasnya.

Hari ini mungkin tak seindah semalam,
Namun bumi terus berpusing,
Tidak menunggu,
Tidak menanti,
Tidak merindui,
Sesaat pun masa yang berlepas pergi,
Hakikatnya,
Masa terus berputar,
Tanpa ada rasa ragu.

Esok masih ada yang ceria,
Berita gembira menanti,
Bahagia menunggu,
Sabarlah wahai hati,
ALLAH menjanjikan yang terbaik untukmu.