Friday, November 27, 2009

Wanita Itu Fitnah




Salam ukhuwah, salam kasih, salam sayang kepada saudara-saudaraku sekelian..

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita." (Riwayat Al-Bukhari)



Telah tertulis, bahawa wanita itu cantik. Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum. "Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 1)

Jelasnya, kadang kala kita sebagai seorang wanita, bicara kita menjadi intaian sang kumbang. Ana akui kini di setiap institusi majoritinya adalah wanita. Cabaran sebagai seorang wanita yang ingin bergelar seorang MUSLIMAH SEJATI, INsyaALLAH, sangat besar. Ana sendiri, terasa sangat berat. Apatah, kadang kala terpaksa mempunyai banyak urusan dengan lelaki. Erm..hati ana ni pulak mudah kasihan. Kadang kala niat ana kala itu sekadar menghormati sahabat-sahabat yang lebih senior, tapi lain pulak jadinya.
SUBHANALLAH...

Apa-apa pun, ana ingin mengajak para muslimah sekelian, berhati-hati lah,. Kadang kala, wajar jika kita bertindak keras kepada mereka. Apatah lagi andai antara kita bergelar seorang PEMIMPIN.

Setakat itu sahaja, wallahualam...

No comments:

Post a Comment