Wednesday, October 16, 2013

Menghukum.....

Bismillahirrahmanirrahim
Assalmualaikum w.b.t



Kebenaran itu seolah-olah mutiara yang sukar kita temui lewat hari ini. Lantas pelbagai fitnah dan tohmahan terus melanda dunia. Namun yang menjadikan dunia ini 'worst' adalah anggapan dan pemikiran orang di sekaliling kita. Cuba sama-sama fikir dan renungkan jika orang-orang di sekeliling kita berfikir tentang bukan diri kita. Lantas menghukum diri kita tanpa mengenali lagi. Bagaimana perasaan kita?

Ana bawakan perumpaan. Bayangkan kita bersahabat dengan A dan B. Kita sudah sekian lama bersahabat dengan A, maka kita lebih mempercayai A berbanding B. Dalam masa yang sama, kita ada banyak perselisihan dangan si B. Maka adakah wajar kita terus menerus percaya jika si A meneritakan sesuatu yang kurang elok terhdap si B ini. Lantas kita terus menghukum si B. Pada hal kita sendiri tidak memberi peluang pada si B untuk menjelaskan masalahnya. Kejam tak?.. 

Rasulullah s.a.w bersabda : 


وعن علي رضي الله عنه قال : قال رسول الله (ص) ("إذا تقاضَى 
 إليك رجلان ، فلا تقضِ للأول ، حتى تسمع كلام الآخر ، فسوف 
تدري كيف تقضِي"). رواه أحمد ، وأبو داود 

Yang bermaksud : Apabila dua org bergaduh,jangan kamu menghukum dari yang pertama sehingga kamu mendengar dari yg ke kedua ,maka hukum lah sebagaimana yg patut dihukum.

kadang kala kita terlalu mudah menghukum manusia. Sedangkan mengkum atau menjatuhkan dan menetukan baik buruk seornag itu adalah hak MUTLAK ALLAH s.w.t. Bagaimana sahabat atau orang sekeliling kita yang sewenang-wenangnya kita hukum mereka?. Pasti mereka berasa sedih dan kecewa. 

ALLAH s.w.t berfirman 


“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.” Al-Ahzab ayat 58
Wahai sahabat-sahabat sekelian., jika sahabat kita berdukacita dek anggapan kita pada dia, bertambah-tambah lagi dosa yang kita pikul. Mampu ke kita mohon ampun dari sahabat kita?. Sempatkah kita..

STOP...jangan tunggu lama-lama., hubungi lah sahabat-sahabat yang kita buruk sangka itu. Mohon di maafkan segala kekhilafan. Sesudah itu jalinkan ikatan ukhuwah fillah itu. Sambil itu mohonlah doa dari ilahi agar di jaga hatimu dan hati dia. Apa sebenarnya yang kita fikirkan tentang sahabat kita sebenarnya adalah diri kita. Mahukah kita di sangka begitu?.
Mulai sekarang, jom kita bersangka baik dengan orang di sekeliling kita. Jika ada perselisihan., mohon maaf pada selayaknya. Seterusnya mohon pada ALLAH, sang pemilik hati ini dah hati dia agar sentiasa dapat meberi kesejahteraan dalam perhubungan ini. Pesanan akhir., jauh-jauhkan lah sifat prasangka. 
Jom kita muhasabah diri. Jalan tarbiyah itu ada di depan mata kita sahaja...

Tuesday, October 15, 2013

Sesat???...Kembalilah...

Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t

Pernah kah sahabat sesat?. Sesat di jalanan.?..Bagi diri ana., sesat tu dah bisa dalam hdup ana. Sebab ana memamg suka menjelajah. Before menjelajah actually., study la dlu map., tp kadang kala banyak perkara yang tak di duga berlaku kan. Tersalah masuk simpang.., tersalah u turn.., tersalah trfc light.., semua ..'ter' je kn.. Semua tanpa di duga.


Bagi diri ana., ana prefer sesat. Sabab dari situ kita belajar. Mungkin lepas ini kita lebih berjaga-jaga. Tempoh hari mmg ana ada sesat sewaktu nak pulang. Actually bkn 1st tyme pun sesat. Sebab gatal sgt nk explore kononnya., Tak pasal-pasal kan. So. kalau rase nak menyesatkan diri., Sila ingat., solat dlu dan pastikan minyak kereta full. So., lbh terjamin.


Cerita pasal sesat., jom kita muhasabah diri. Jalan yang kita lalui ini., tak semestinya betul bila mane kita ketepikan soal syariah sebenarnya. Kadang kala ALAH beri kita sesat agar kita sedar, jalan yang kita pilih itu sudah terpesong. Maka., ALLAH gerakkan hati kita mencari jalan pulang.

Dalam hidup, ya ada masa kita sesat., justeru perasaan ingin kembali ke pangkal jalan itu sentiasa hadir. Betul tak?. Kita ada AL-Quran dan Sunnah sebagai panduan. Kisah-kisah para anbia jadi tauladan.. Jangan pernah rasa bila sesat., kita tak akan temui jalan pulang. Orang motivate selalu cakap., 'Kalau Plan A tak jadi, kita masih ada Plan B, C,D,E....Z". Banyak tu...


Justeru., ana nasihatkan terutama untk ana sendiri. Kalau sesat., jangan putus harap., cari 'guidline' yang menemukan antum ke jalan yang BENAR. Insya ALLAH. Amin. 

p/s : Doakan ana sentiasa berada di jalan yang diredha

Wednesday, October 2, 2013

Kisah Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim...
ALhamdulillah., tetiba jadi rajin la pulak ana nak update status., Kalah FB yang sekian lama dah ana tinggalkan. Buka pun atas urusan kerja spt berbincangan dan info semasa. Syukur. Dapat jaga privasi snd. Latihan utk diri.

Actually ana dapat kisah ini dari FB sahabat. Mereka dah berkahwin. Perkara ni ana kongsikan bersama atas dasar peringatan buat diri yang sering lupa ni. Jom~~


A story:
A MUST read for all marriages-

THE WISE MOTHER.......

My husband and I disagreed about something. I did what I have always done when I had a difference of opinion with someone… I called my Mum.
Before I could even finish my sentence, she asked me if I had prayed about it yet. Before I could respond, she told me that she would not allow me to...call her and complain about my husband to her, nor would she allow me to discuss our arguments/disagreements with her.

I sat there stunned. Then she said something that has stuck with me for a very long time. “My daughter, the thing is,because you love him the way you love him, when the argument is over it’s over. But, I don’t love him the way you love him, and it would be far too easy for me to pick up a grudge and carry it if I think he is wrong. You can’t do that to me, or to him. It simply isn’t fair.

”So the next time you want to narrate the fight in your marriage to a third party ask yourself –
Do I love my spouse?
Does the person I’m reporting them to love them the way I do?
Will they easily forgive them the way I will?
If not then don’t pass them on to be crucified.Your marriage is between you, your spouse and Allah. Everyone else is an outsider.



******************************************************************************

Di sini ana nak simpulkan kisah perkahwinan, hanya suami dan isteri sahaja yang tahu. Bukankah ia melibatkan aib orang yang kita sayang. Maka, jaga lah ia. Tak perlu nak canang sampai ke FB dan sebagainya. Akibatnya, tak dapat dijangka. Mari kita muhasabah diri.
Wallahualam.

Tuesday, October 1, 2013

30 orang yang pertama dalam ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhmadulillah., bertemu lagi. Nampaknya facebook telah mengatasi keatfan manusia untuk berkongsi maklumat?. Tidak mengapalah. Ana still nak share disini. Bkn sekdar tatapn sahabat tapi buat peringatan ana sendiri.

Siapakah orang pertama?..
Jom kita tambah ilmu di sini...Mdah-mdahan bertambah keimanan kita selepas membaca seterusnya melahirkan perkongsian bersama sahabat yang lain.Amin.


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 





Alhamdulillah.., semoga kita sentiasa dilimpahi ilmu-ilmu yang bermanfaat. AMin. Jom share..