Friday, August 21, 2009

# tibanye .....DInanti... #



Salam Ramadhan pada hadirin sekelian. Alhamdulillah, sampai juga bulan Ramadhan bagi tahun 1430...Syukur masih di panjangkan nyawa...
Semoga ana sampai dan sempat merasai manisnya Syawal..InsyaALLAH... Pada kali ini ana akan berkongsi sesuatu. Ana perolehi dari tazkirah Maghrib pada hari pertama Ramadhan di Masjid Universiti Malaysia Pahang.

13 Perkara yang kita sering terlupe ketika berPuasa.

1-Makan dan minum secara bebas ketika batal @ buka puasa. Mksudnya, kita makan ikut nafsu semata. Nk makan je semua. Al-Maklumlah, perut tengah lapar, tapi beringat la ckit..
2-Makan sahur di tengah malam kerana malas nak bangun sahur.
3-Bersahur hanya makan dan minum tanpa diiringi ibadat yang lain.

4- Segera solat witir selepas solat terawih. Mksdnye adalah nk suruh kita melakukan ibadah lain dan tidak solat terawih sahaja.
5-Tidak menunaikan solat 5 waktu walaupun berpuasa.
6-Tidak menunaikan solat subuh berjemaah seperti mana solat terawih

7-Niat untuk solat terawih untuk mengimarahkan masjid semata. Sepatutnya solat terawih di lakukan kerana niat yang ikhlas dalam mengejar keberkatan pada bulan Ramadhan.

8-(x ingat, harap maaf...ade sesiapa boleh bantu..??...)
9-Mengunakan masa dengan memenuhi waktu untuk tidur.

10-Mengangap imsak sebagai lampu merah untuk bersahur.

11-Wanita yang pergi solat berterawih di masjid tetapi tidak menutup aurat. Lebih baik solat di rumah.
12-Memasuki ramadhan dengan kewangan yang di penuhi dgn riba'.

13-Tidak memperbanyakkan doa terutamanya ketika berbuka puasa.
Serba sedikit maklumat. Harap dengan peringatan ini dapat membantu kita meningkatkan lagi amalan kita pada Ramadhan kali ini. InsyaALLAH..

"Selamat Menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, bernombor 1430H. Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar. Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT. Penerbangan ini bebas asap PERSILIHAN. Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIYAH RAMADHAN,...."



.....

1 comment: