Wednesday, August 19, 2009

~aMaLan iTu......~


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah laGi Maha Mengasihani... Bicara ana kali ini akan mengarapkan soal amalan kita. Ana bercakap bukan bermakna ana sempurna melainkan saling ingat mengingati kepada para pembaca dengan diri ana sendiri. InsyaALLAH, ilmu yang b aik itu sentiasa menjadi panduan kehidupan kita.

Pada hemah ana, amalan yang baik bermula dari:
1)Pendidikan
2)PEMAKANAN
3)Persekitaran
4)Kesedaran
dengan

Bermula dengan pendidikan, kita mula mengenal kehidupan dan mempelajari sejak kecil atas asuhan kedua ibu bapa, bg yang telah tiada, semestinya ada insan lain yang menjadi galang gantinya. Tidak kiasah la sesiapa pun. Apa yang hendak dikatakan ialah, di mana pendidikan pertama itu sebenarnya adalah keluarga. Ana tidak kata kalau keluarga yang baik, sepanjang usia ia menjadi baik.Tidak semestinya. Itu ana akan terangkan di bawah nnti. Jelasnye betapa besar peranan ibu bapa atau bakal ibu bapa.Tangungjawab mereka adalah anak-anak. Untuk itu bg bakal ibu bapa sedar la amanah itu dan jaga lah ia sebaik-baik nye, jgn ambil mudah perkara ini.

Yang kedua pula, berkenaan makanan, ana kira, ana pernah bincangkan hal makanan ini, dalam tazkirah Maghrib kalau x silap. So, tidak perlu rasenye ana bincangkan apa-apa lagi. cume sedikit peringatan, dari mana sumber kewangan kita, apa hasil nye, semua itu penting. Sebab ia akan memberi kesan pada amalan kita nnti.

Ketiga pula berkenaan persekitaran. Cukup mudah, lihat la sekeliling anda dan diri anda. Ada perbezaan ?..Jika tiada, mungkin ada masalah dalam amalan anda. kenapa???.. Sbb pd ana sekarang persekitaran sekarang adalah kurang elok, ayat yang cukup mudah, di kelilingi dengan kemaksiatan. Alhamdulillah jika anda x tergolong tetapi persoalannya, kenapa kita tidak sama-sama mengajak mereka. Jangan bagi alasan kalau belum buat atau TAKUT...
Hidup ini jangan nafsi-nafsi atau assabiah. Hanya dalam kelompok yang sama, biarkan mereka yang lain terus tergelincir. Dimanakah dakwah yang di bawa.??.. Ilmu dan amalan itu x kan berkurang kalau berkongsi kn.. dan Salah ke pendapat ana in??...

Kita tinggal kan persoalan itu dan kita teruskan kepada yang keempat. Mengenai kesedaran. Ini lah titik mulanya. Ana bersyukur apabila kawan ana akhirnya memakai tudung untuk ke kelas sahaja tetapi dia berusaha untuk berubah. Alhamdulillah. Ana ada seorang sahabat yang di kagumi, berasal dari keluarga yang kurang pengetahuan agama, tapi kini rasenya menjadi seorang yang di segani. Pernah kami berbual dan ana bertanya,
"Kenapa selalu g masjid masa kat matrikulasi dulu??", ketika itu ana baru tahu latar belakangnya.
Tau x apa jawapannya, ana tersentak.
"Errmm...entah la..rasa cam nak pergi, pergila..rasa tenang je.."...Bagaimana ek...
kat mne ltaknye diri dia di kala itu,..Syukur sbb dia peroleh hidayah. Semoga dia dapat meneruskan perjuangan dakwah itu di kampus nye.
Justeru, semua itu dari hati. Fitrah manusia ingin kan ketenangan. Nak atau x nak sahaja untuk mencarinya.

Alhamdulillah..semoga perkongsian ana kali ini membuahkan hasilnya.AMIN.

No comments:

Post a Comment