Monday, August 17, 2009

Si Pandai Yang Bodoh

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Ana mulakan bicara dengan sedikit mutiara kata..

"Semakin banyak ilmu(yang baik) yang kita kongsi sebenarnya menambah baikkan lagi ilmu yang kita miliki, InsyaALLAH."

Hakikatnye, ini lah reliti kehidupan, berkongsi ilmu dan berdiskusi bisa mencambah nilai ilmu yang kita miliki. Percaya atau tidak terpulang la.Tp ana kira semua insan bersetuju dengan kata-kata ini.

Ermm..agak kurang sopan kedengarannya tajuk post ana kali ini. Tp hanya itu sahaja bahasa yang ana kira ad dalam kamus kehidupan manusia sekarang ini.

Si pandai yang Bodoh adalah seorang yang bijak, miliki ilmu, faham konsep dan teori, hafal segala fakta namun tidak mahu berkongsi maklumat dan idea dalam wadah yang sesuai. Mereka ini golongan yang mahu kan kebijaksanaan untuk diri mereka sahaja. Tidak juga mahu berkongsi bahkan memendamkan sahaja pe ya berlaku di sekelilingnye..

Ana kira bahasa ana cukup berbelit. Ayat dan analogi yang cukup mudah, ramai yang tau aurat itu harus di jaga, harus di simpan. Bagi seorang perempuan pula, ia adalah khazanah yang cukup sempurna. Selain itu rmai tahu rokok itu makruh, tapi masih yang menghisapnye. Hiburan itu boleh tapi jangan keterlaluan. berdua-duaan itu ada yang ketiganya iaitu SYAITAN... Tp semua itu x pernah di hiraukan..Pelbagai pemikiran Barat berjaya di pengaruhi tanpa disedari. Fesyen menutup aurat di permainkan. Hukum ALLAH di pandang enteng...

SIAPAKAH KAMU?????....

Jelas firman ALLAH
" Dan Aku tidak menciptakan jin dan MANUSIA melaikan supaya mereka BERIBADAH kepadaku."( 51;56)

Ayat yang cukup mudah dan mudah difahami berbanding muzik hip hop, dan pelbagai muzik yang melalaikan.

"Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, dan Dia menciptakan jin dari nyala api, MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN?" (55:14-16)

Bagaimana kah kita sebagai manusia yang cukup sifat, miliki nikmat terbesar iaitu ISLAM..
Masih tidak cukup lagi ke??..Satu perkara sahaja..setiapapa yang kamu miliki itu bukan milik kamu bahkan di pinjamkan kepada kamu agar kamu melakukan kebaikan.
Simple think, bg la barang kesayangan kamu kepada orang lain dan kamu amanahkan untuk menjaga sebaik nye, namun akhirnya ia tidak di jaga dengan baik..Dan di pulangkan kepada kamu tanpa rasa bersalah....Fikirlah jika itu kamu....

Apa yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk juga dari ALLAH tetapi disandarkan kepada ana.
WALLAHUALAM....

No comments:

Post a Comment