Thursday, July 25, 2013

Kisah Sekeping Hati

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati

Hadis di atas jelas menunjukkan hati adalah raja bagi tubuh badan kita. Jika hati kita baik, maka elok lah perlakuan kita namun jika rosak hati kita, maka rosaklah juga seluruh anggota tubuh kita. Betapa besarnya tanguungjawab kita dalam menjaga hati ini sebenarnya. jangan sekali-kali di biarkan hati ini berpeluang melakukan kemaksiatan.

Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah ada menerangkan, hati ini ada tiga (3) jenis. Pertama Qolbin Salim, yakni hati yang sihat. Hati ini bersikap terbuka dan menerima sebarang teguran dan nasihat kebaikan. Kedua pula, Qolbun Mayit iaitu hati yang mati. Jenis hati ini sangat bahaya kerana sebarang nasihat dan teguran langsung tidak dipedulikan. Ketiga dan terakhir pula, Qolbun Maridh, hati yang sakit. Hati ini lebih kpd 50-50, ke arah kebaikan dan kemaksiatan.Namun apalah sangat kita sebagai manusia untuk bertahan jika dalam keadaan baik atau sebaliknya. Hati dan nafsu ni cenderung melakukan perkara sebaliknya. Maka, adalah wajar untuk kita menjadikan hati ini dalam keadaan yang sihat sejahtera.


namun demikian, hati ini milik ALLAH. Hanya DIa berhak untuk mengerakkan hati ini untuk mereima hidayah dengan mengungkapkan 'kun fa yakun', jadi, maka jadilah ia. Sekeras mana pun hati seseorang itu, andai ALLAH datangkan hidayah dalam hidupnya, insya ALLAH boleh berubah. Alangkan seketul batu yang keras pun boleh lekuk dek titisan air sahaja, ini kan pula hati manusia. Boleh dipujuk.

Andai di kala ini sahabat sedang di landa penyakit hati, cepat2 beristigfar. Mohon keampunan padaNYA.Penyakit hati ini terlalu banyak. Hati yang cintakan dunia sahaja, segalanya di serahkan pd dunia, seakan kita hanya hidup di dunia sahaja. Tidak di nafikan ana sendiri pernah merasai penyakit hati itu. Bersyukur sangat kerana ALLAH mengizinkan melalui saat 'gelap' itu agar hari ini hati itu dapat di sedarkan semula. Alhamdulillah , syukur.

Hati kita semua milik ALLAH, kadang kala ALLAH datangkan kekecewaan kita pada seseorang demi menunjukkan kebergantungan pada manusia itu dusta semata-mata. Hanya Dia yang Hakiki dan selayaknya tempat bergantung. Ada juga ALLAH jadikan hati mereka perasaan hasad,andai kita tahu, cept-cepat mohon agar ALLAH bantu dye memelihara hati mereka agar sentiasa bersangka baik pd kita. Kita boleh berusaha andai salah faham berlaku, namun jika hati itu menolak penjelasan kita, ketahuilah, hati mereka sedang di uji, seharusnya sebagai seorang sahabat berilah ruang dan berdoa untuk sahabat kita agar di lembutkan hatinya. Sesungguhnya ALLAH sebenar-benar pemilik hatinya.

Jelasnya, hati ini harus dijaga., jangan biarkan ia sakit, jika sakit ubati segera. Jika hati ini sering resah, gundah gulana, ketahuilah ada sesuatu yang akan menenangkan kita dari semua itu. ALLAH.

No comments:

Post a Comment