Friday, August 2, 2013

Soal Keaiban

Bismillahirahnmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t

Maaf kerana ada post y terpaksa d delete memandangkan ada beberapa isu telah timbul. Tujuan asal adalah sekadar perkongsian. Namun, setelahd fikir semula, tiada kewajaran untuk di kongsi memandangkan ia berkenaan aib seseorang. Ana seorang wanita yang suatu hari nanti bergelar isteri,insya ALLAH, jadi tugas seorang isteri adalah menjaga aib sang suami. Ana sekadar membantu untuk tidak menyebarkannya lagi. Harap maaf.

Bercerita tentang aib ini, banyakjuga isu. Kadang kala boleh menjatuhkan seseorang. Ada kisah dimana seorang sahabat cukup menjga aib temannya yang lain sehingga dirinya pula di salah anggap pula. Bukan sekali dua, tetapi berkali juga sahabat ini melalui semua itu. Pernah juga sahabat ana mempertahankan diri, namun kalau sebelah pihak tidak mahu mendengar, akhirnya mengambil inisiaif untuk berdiam diri. Dia masih senyum. Dia tidak tinggalkan temannya itu. Bahkan sentiasa berdoa agar ALLAH yang membantu menjaga hati-hati mereka. Katanya ALLAH pemilik hati mereka.


Betul kata sahabat ana. Buka ib orang tidak semestinya mendatangkan kebaikan semata-mata untuk menangkan diri. Cukuplah pinta pada ALLAH. Kerana Dia lebih Maha Mengetahui semuanya. Lagi pun, ALLAH tidak pula membuka aib-aib kita, masakan kita sibuk buka aib orang. Biarkan mereka. Mereka yang memandang, lihat kita innocent padahal mungkin kita lebih jahat dari mereka. Sebab ALLAH dah tutup salah silap kita.

Mari sahabat-sahabat sekelian. Muhasabah bersama. Jangan sibuk dangan aib orang. Nanti aib kita, ALLAH yang bukakan. Jika kita buka aib orang lain, sebenarnya kita menunjukkan kelemahan kita sendiri. Daripada kita fikir kelemahan orang lain, baik kita perbaiki kelemahan diri kita. Lebih baik kan?
Maafkanlah mereka yang telah buat kesalahan dan lupakanlah. Insya Allah, kita mendapat rahmatNya, dia juga akan mendapat petunjuk daripadaNya. Ketahuilah, dengan memaafkan dan melupakan kesalahan orang padakita, hati kita akan merasa lebih tenang. Insya ALLAH.

"Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia." - Imam Syafie.

No comments:

Post a Comment