Friday, February 25, 2011

Jom...!!!


Assalamualaikum sahabta semua.
Alhamdulillah, ana di beri masa untuk meluangkan mencoretkan sedikit tinta buat tatapan sahabat semua. Syukran yang tidak terhingga kepada sahabt-sahabt yang rajin mengikuti blog ana. Actually., ana nak private kn blog ni. Saje suke2 buat blog ini.. Tapi ble tgok follower, terkejut jugak. Terima kasih ye.

"Menceritakan jasa..kepada manusia, maka hilanhlah pahalanya, menipu diri sendiri tak di sedari".



Sahabat pernah dengar lagu ini, ana ambil dari Kumpulan Mawaddah- Bila Tuhan tidak ditakuti. Kita sering bercerita, cerita dan terus cerita. Termasuk ana yang sedang menulis ni. APa kisah yang ana nak cerita.., sebenarnya tidak ape la sangat, sekadar berkongsi pandangan.

Manusia, ada mulut., terasa ingin bercerita..tanpa henti..ade yang bercakap tentang dunia semata-mata.. Adakah antum begitu. Duhai sahabat yang ana sayangi.., ana amat menyanyangi antum yang merupakan sahabat dalam perjuangan islam. Gunakanlah mulut anda untuk berjihad.., mari kita sama-sama menyampaikan dakwah. Ya, hidayah itu milik ALLAH, tp sejauh mne kita berusaha menarik sahabt-sahabat yang terkandas dan kembali ke pangkal jalan. Ayuh sahabat sekelian. kita sama-sama bercerita tentang perjuangan Rasulullah s.a.w. kisah sahabat nabi dan banyak lagi cerita yang menarik.

tinggalkan semua cerita yang mengarut.., jom kita membina negara Islam yang di tuntut dalam Al-Quran.

Waalauhualam...

Wednesday, February 23, 2011

Pilihanraya Kampus


Assalamualaikum....

Apa khabar sahabat sekelian. Mcm mane ngn antum punye universiti.. Mesti bz berkempen kan... Ahaks.., ana agk lewat nk post tntg perkara ini. Harap nya prk ini masih hangat.

Pilihanraya kampus ana dah selesai. Alhamdulillah, pemimpin ini bakal mengegarkan dunia UMP dengan perkara-perkara yang baik la....Mesti la kn.... Nk wat cam ne, alkisah nye universiti ni., mcam2 hal nye..tempoh hari ade kes nk memboikot pulak.... Pelajar Fakulti sebelah hampir 3++ tidak mengundi...Ape nak jadi???

Rasional yang ana nak kongsi kali ini adalah persoalan tentang kepimpinan pastinya. Tp sblm tu, ana nak kongsikan satu perkara bersama sahabat sekelian.Kadang kala kita tersa inginkan sesuatu dalam hidup. Dlm membina keyakinan, kita berdoa di beri kepercyaan utk memiliki yang di hajati. Kita sering berdoa agar di beri peluang.. Betul tak??

Sama la juga dalam pilihanraya ini, persoalan, kenapa tak nak mengundi??. Alasan biase.., sbb MPP ni tak buat keje...Betul ke??.. Biase la.., antum semua hanya melihat dari jauh.., tak datang pada mereka.., x bantu mereka langsung. Mereka naik sbb antum mengundi mereka., kenapa tak nak bantu bile mereka perlukan antum??... Pelikkan mahasiswa sekarang..Aduisshh...

Kerana itu, ana nak kita sama-sama kongsikan 1 perkara, memberi peluang pada mereka untuk memipin. Semoga, kita sentiasa di beri peluang utk menonjolkan diri dalam bidang yang kita inginkan... Amin...

Ana sudahi dengan potongan ayat Al-Quran:

ALLAH telah memilih pemimpin untuk kamu dan Allah memberikan kelebihan ilmu. Sesungguhnya ALLAH memberikan kerajaan kepada mereka yang di kehendakiNya, dan ALLAH maha luas dan Maha Mengetahui. (Al-Baqarah : 247)

Wallahualam., sama-sama kita hayati...

Friday, February 4, 2011

Persoalan...Wajib tahu

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat sahabat sekelian. Alhamdulillah, hari ini ber tarikh 4 Febuari 2011. Bermacam perihal berlaku di negara ini. Sejarah tetap sejarah, tapi sejauh mne kita tahu tntg hakikat sejarah yang sebenar?. Benarkah selama ini kita hidup dalam kebenaran. Oleh itu, ana mengajak sahabt-sahabat semua menyelusuri sejarah dan hakikat. Buka lah mata . Di sini ana akn link kn maklumat y ana perolehi , http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30679:-dr-mahathir-seorang-yang-bijak-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

Jom...!!!!


KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.

"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu.

Berikut adalah tulisan Nik Aziz sepenuhnya.


Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011



Apa pendapat anda??....Jangan biarkan diri anda di selubungi misteri. Mari kita pelajar....

Wednesday, January 26, 2011

Mari Bersukan~~..owh..ye!~~

Salam...

ape khabar sahabat sekelian.., maaf la dah lama tak menampakkn muke(mmg pun..)
Alhamdulillah., berjaya ana mencuri sedikit masa mencoretkan sesuatu...


Kenapa kita perlu bersukan??...
Sbb ia baik untuk kesihatan, semestinya..,
Selain dari pemakanan, tubuh badan juga perlu di jaga.
Bukankah tubuh badan kita ini adalah pinjaman dari ALLAH.
Mestilah....,eh salah...WAJIB...ulang sekali lagi.., WAJIB untuk kita jaga..
Bahkan ada 1 hadis Rasulullah, ana tak berapa ingat sbnrnya mengatakan betapa pentingnya kita untuk menjaga kesihatan. Banyak cabang kesihatan yang kita perlu jaga. Antaranya adalh pemakanan. Makan la maknan yang seimbang dan halal di sisiNYA. Apa erti HALAL...??..Ana kire, ana pernah post mengenai soal HALAL..So, tak perlu rasenye nak bertazkirah lagi...hehehe...

Selain itu juga, kita perlu bersukan.
Kalau kita tak sukan, macam mana nak sihat. Kurun bukan bermaksud sihat dan gemuk tak bermaksud sakit. Ertinya, tak kira kurus atau gemuk, perlu lah bersukan. Sukan yang bagaimana?..Tentulah benar disisi syara'. Sebagai contoh, cara pemakaian kita, cara sukan kita dan pergaulan dalam bersukan itu sendiri.


Kadang kala ada yang salah faham, tak boleh bersukan, sebab bawak maksiat. Tidak benar sebenarnya. Ada ke hadis sahih yang menerangkan perihal itu?..Pasti jawapannya tiada. Justeru, ana ingin mengajak sahabiah-sahabiah sekelian, mari bersukan bersesuian dengan keadaan dan semestu=inya memenuhi syariat ISLAM...

Kenapa penting bersukan?..Sebab utamanya adalah, mudah untuk kita beribadah. Kalau tidak, baru rukuk sikit, dah mengah..Pasti kita tak dapat melakukan ibadah dengan khusyuk.Bayangkan lah kalau kita tidak bersukan, kita akan cepat letih. Bagaimana kita mahu kejar 1/3 malam?..


Sahbiat sahabiah yang saya kasihi sekelian, hulurkan tangan, mulakan langkah, mari bersukan dengan bersyariat. Hati lapang melihat kebesaran ALLAH... Mari bersukan sambil memuji keindahan ciptaanNYA...

Takbir..!!!!..ALLAHUAKBAR!!!...

Saturday, January 8, 2011

Murka Or Sedey~~~

Assalamualaikum....

Antara murka dan sedey~, mane lagi sadis..??
Haa, jawab ye.....Itu la persoalan yakan kita bincangkan kali ini...
Kenapa ana berkatasedemikianrupe??... Jawapannya, kitabincangselepasini...
JOM....~~


Persoalan demi persoalan, pertelingkahan demi pertelingkahan.
Naik bosan bertambah hairan.Institusi diraja berbalah...
Ish..,mane ade, jangan cakapcam tu, tak baik, dosa, boleh masuk neraka tau.
Honestly, itulah yang berlaku kat Malaysia pada hari ini.
Di sana cakap di sini, di sini cakap di sana..
Sultan sana sedey~, sultan sini murka~..
Ayoo.., alamatnya rakyat jelata berpecah belah,
Ketuanan Melayu terhapus, oleh itu, salah siapakah?
Masih menjadi salahDatuk Seri Anwar ke??
Itu layang ana nak kitasama-sama bincang.
Media sekarang bukan boleh percaya.
Tapi terpulang la pada antum untuk percaya atau tidak tentang apa ya ana bincangkan ini.
Kalau antum perasan, dalam surat Khabar. semua nak cakap pembangkang tak hormat sultan ke entah ape-ape ag.
Pelik nya, bile ada sultan yangn Murka pada kerajaan yang buat fitnah, tak ade lak yang masuk paper.
Ish2, diskriminasi betul kan.
Yang best nye, yang buat salah, semua pembangkang.
So, kerajaan sangant baik la....
Ayooo, jangan mudah terpedaya,
Menteri-menteri tu pengecut, nak tegur/arah isteri tutup aurat pun tak mampu, ada lak yang boleh rogol amah....
Boleh tak kita nak cakap mereka dayus?
Y bertambah syahdu nya, mereka boleh mengkritik orang.
Bangga giler pulak tu...



Wah, seronok lak kalau bab-bab cam ni ye.
Ni sekadar pandangan ana.
Penat ibu bapa ana hantar ana masuk universiti, kalau tak dapat fikir dengan jalan yang betul, keian ibu bapa kita kan...
Oleh itu, ana mohon, selepas baca komen ini, sama-sama beristighfar ye...
Moga-moga kita d jauhkan dari kemaksiatan...AMin...

Jom la kita bermuhasabah diri...

Thursday, December 30, 2010

Pernikahan Yang Suci Dari Kemaksiatan...

Assalamu'alaikum w.b.t....

Ini hanya sekadar perkongsian. Perkongsian dari seorang sahabat. Untuk ingatan kepada diri ini dan semua....

Hari Bergembira bertukar Menjadi Hari Penyesalan


1.0 Pendahuluan

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

2.0 Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.



Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.



3.0 Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya...

4.0 Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.

Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!" sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas.



Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)

Selepas Tengah Malam
13 Oktober 2010



~ Hidup dengan perjuangan, Syahid menjadi idaman~

Gelombang Hari Pembalasan


Assalamualaikum..

Alhamdullillah, hari ini, akan menghampiri tahun 2011. Bagaiman dengan azam antum semua?. Di sini ana ingin berkongsi 1 artikel yang menarik. Mengenai tahun 2012. Adakah kita sudah menghampiri kiamat?. An sendiri tidak pasti. Apa yang ana faham, pada tahun tersebut, akan berlaku gelombang yang dasyat dan meragut ramai manusia. Betul atau tidak, wallahualam.

"Assalamuaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...

sebagai peringatan buat kita umat di akhir zaman..

Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis




1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi berkenaani huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan di bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar di langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahupada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dankenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...".
Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan munculsuara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, paragadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telahmelaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jikakalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukanhal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA



Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(olehNASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planetjupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberikesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 planet ini telah jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan. AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara dibanjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahunkerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paperbulan februari, kosmo, BH n lain2)

Kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlakudi mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zamanpurba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umatislam...ALLAHHUAKBAR"