Monday, September 30, 2013

Rezeki, Jodoh dan Maut

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, masih sama-sama kita dipanjangkan umur, diberi kesempatan untuk bersama meraih rahmat ilahi.

Dah lama ana tinggalkan blog ini. Mungkin kerana kesibukan duniawi. ALLAH, semoga hari-hari ana dan sahabiah semua tetap di penuhi barakahNYA. Amin.Dalam tempoh ruang yang ana tinggalkan sblm ini, banyak perkara telah berlaku. Ujian untuk ana, berita gembira sahabat ana, kematian yang mengingatkan ana tempat kembalinya kita semua. Maka, di kesempatan ini, ana cuba mencoretkan serba sedikit kisah.

Kisah 1
Rezeki itu sentiasa ada

Kdang kala jalan yang kita pilih berbeza, hakikatnya menuju satu cita yang sama di dunia dan akhirat. Dalam usia 24 tahun ini, ana masih mencari apakah kehendak diri. Tempoh hari ana dapat tawaran belajar di luar, namun atas beberapa sebab, ana lepaskan lantas perancgn bertukar untuk melanjutkan pelajaran di tanah air. Namun, perancangan ALLAH mengatasi segalanya. Dalam tempoh permohonan melanjutkan pelajaran itu, ana di uji sekali lagi. Lantas, jalan yang ana pilih kini, lepaskan dlu niat itu. Insya ALLAH ada juga rezeki nya nanti. Doa ibu dan ayah sangat penting untuk ana. Lebih tenang. Saat perbincangan bersama di lakukan, hati ana cukup terdetik. Kata-kata ayah penguat semangat ana, kata-kata ibu mengusik jiwa ana. Redha mereka bersama. Mereka serahkan pada ana. Ana bersyukur miliki ibu bapa yang memahami. Semoga mereka juga sentiasa dlm barakahNYA. AMin


Kisah 2
Jodoh Buatmu

Ada seorang sahabat ana, kami agak akrab, tapi hampir setahun tidak bertemu. Memandangkan kami berada di negeri berbeza. Jauh. Namun , ALLAH kuatkan hati-hati kami untuk sentiasa bertaut. DIa sahabat paling ana sayang. Sebelum ini dia pernah bercinta, saat zaman kami jahil dulu. Namun putus di tengah jalan kerana dia kembali mencari redha ALLAH. Ana kira hampir 4 tahun dia menetapkan pendiriannya begitu. Dia tak pernah sunyi, sentiasa bz dgn 'dating' dgn adik-adik serta sahabat. Sering mengingatkan ana, jangan terburu mengejar jodoh. Kejarlah redha ilahi dlu. Lantas, baru-baru ini, dia maklumkan sessi taaruf yang telah dia jalankan., Sebulan selepas itu, mereka mengikat pertunangan. ALLAH, mudahnya urusan mereka. Mereka tak pernah kenal, cukup ALLAH yang merencana kan segela untuk mereka. Cukup ana katakan ana kagum dengan sahabat ana. Tunang nya kita orang hebat, sehebat sahabat ana ini. Ana doakan ALLAH menjaga hati-hati mereka dunia dan akhirat.


Kisah 3
Kematian mengiringi

Sering kali kematian mengejutkan kita. Terutamanya mereka yang kita kenali dlam keadaan sihat walafiat, tiba-tiba sudah pulang ke sisi ilahi. Maka, sesungguhnya kematian itu pasti dan kita tidak tahu bila giliran kita pula. Maka sentisalah persiapkan diri. Tahun ini sahaja hampir 10 orang saudara mara ana meninggalkan dunia ini. Ada yang sahabat dekat seperti datuk dan ibu saudara, ada jugak pertalianyang jauh namum kerana keakraban kami, menjadikan pemergain mereka mengusik jiwa. Setiap kali melawat kematian, ana sering bertanya, kalau yang pergiitu oang yang paling akrab dgn ana, bagaimanakah ana menghadapinya?. Jika ana sendiri yang pergi., bagaimana ornag sekeliling ana?.. Sesungguhnya semua ini menginsafkan ana. Semoga ana dan sahabiah semua bersama meneruskan usaha mencari redha ilahi.


Selesai sudah 3 kisah untuk renungan, rezeki, jodoh dan kematian. Semua milik ALLAH. Sama-sama kita renungkan.

No comments:

Post a Comment