Friday, March 18, 2011

Wasiat terakhir Rasulullah


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Sabda Rasulullah sal-lallahu
‘alaihi wasal-lam, iaitu wasiat terakhirnya semasa memberi khutbah (bukan membaca khutbah) kepada sahabah sahabah dan pengikutnya, pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai Maanusia, sapertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggap lah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan lah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguh nya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu ata mereka ialah mereka samasekali tidak bole memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.
Wahai maanusia dengarlaj bersungguh sungguh katakata ku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Mulim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Olh itu wahai maanusia, nilailah dngan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah di sampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orangorang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku dari mereka yang mendengar terus dari ku.Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah MU kepada hamba hamba MU.

No comments:

Post a Comment