Sunday, October 23, 2011

Tip Meneguhkan Iman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah.., berkesampaian juga akhirnya untuk saya menulis dalam blog ini. Kalau nak di ikutkn bnyak perkara yang ingin di bicarakan, tetapi memandangkan diri ana sendiri terkejar masa, maka terpaksa melupakan dunia blog ini sebentar.
Syukur juga kepada sahabt-sahabat yang menjadi follower ana., tidak tersangka nya. Alhamdulillah. Baiklah, ana tidak mahu mebuang masa anda semua, justeru ana ingin teruskan dengan tajuk kali ini iaitu tip meneguhkan iman.

Sahabat yang di rahmati ALLAH sekelian, apabila kita berbicara tentang iman, ia bukan la semudah kita melafazkan tetapi perlu di peringatkan bahawa percaya dengan hati dan laksanakannya sebagai bukti keimaman kita. Justeru ramai ingin mengatakan iman ini ada turun naik nya, maka kali ini sy kongsikan satu perkara iaitu tip meneguhkan iman. Semoga sahabat dapat memanfaatkannya. Amin.

1-Bersyukur apabila mendapat nikmat. Buangkan lah rasa ego dalam hati, dengan rasa syukur, menjadi tanda bahawa kita mengagungakn ALLAH s.w.t.
2-Sabar apabila mendapat kesulitan. Sabar itu tiada hadnya. Itu yang perlu antum sematkan dalam hati.
3-Bertawakal apabila mempunyai perancaan. Sesungguhnya ALLAh itu Maha Perancang. Sebaik-baik perancangan adalah milikNYA.
4-Ikhlas dalam segala perbuatan. Letakkan diri kita melakukan sesuatu lillahita'ala. Mulakan dengan perkara yang simple, sebagai cthnya lafazkan 'aku ingin belajar kerana ALLAh, aku ingin buat ini kerana ALLAH, aku buat itu kerana ALLAH.
5-Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan. Setiap yang berlaku adanya hikmahnya.
6-Jangan menyesal alam sesuatu kegagalan.
7-Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan, because ALLAH is always you especially when u down, to hear ur voice.
8-Jangan hasad dengki dan iri hati dengan kejayaan org lain. Jadikan cabaran utk memajukan diri tanpa melupakan matlmat seorang Muslim.
9-Jangan sombong dengan kejayaan yang dimiliki.
10-Jangan tamak dengan harta
11-Jangan goyah dengan fitnah
12-JAuhkan diri daripada dosa-dosa besar.
13-Jangan biasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
14-Banyak berkunjung ke rumah ALLAH (MASJID)
15-Lakukan solat fardhu pada awal waktu dan berjemaah di masjid.
16-Perbanyakkan zikir dan doa kepada ALLAH
17-Jangan rasa takut kecuali hanya kepada ALLAH
18-Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
19-Bersatu padulah kerana ALLAH dan berpisahlah hanya kerana ALLAH.

No comments:

Post a Comment