Friday, February 19, 2010

KEMBARA 10



Assalamualaikum sahabat semua ???
Ape khabar lahiriah dan rohani???
Semoga sihat hendaknye....

Mailidur Rasul Bakal tiba..
Ana bagi pihak Perwakilan MAhasiswa Kolej Kediaman 3.
MEngalu-alukan penyertaan semua.
Ade macam-macam pertandingan.
MAse ni la, tunjukkan bakat masing-masing....

JAngan lepaskan peluang ini.
Sama-sama lah kita menghayati..
Sirah perjuangan junjungan besar kita,
Nabi Muhammad s.a.w
Semoga menjadi panduan kita...Amin,,,














JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!!!
MAI...PAKAT RAMAI-RAMAI DATANG!!!!

Wednesday, February 17, 2010

Presiden PAS selamatkan orang Lemas

keletihan



MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.

(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.

Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau. Gambar itu kemudiannya tersebar ke marata-rata.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Shamsuddeen membuat catatan berikut dalam blognya:

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."

Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.

Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.

Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.

Tuesday, February 16, 2010

Mengembara....




Assalamualaikum....
Wahai sahabat-sahabat sekelian..
BAgaimana dengan cuti kali ini??.
Meriah ke???..
Hurm...dh lama tidak bertemu keluarga..
Macam-macam cerita nak di sampaikan..

Dan..., ana tidak terkecuali..
Pada hakikatnye, ana tidak balik cuti ini..
Namun memandangkan pelbagai ujian dtg melanda,
Ana pilih untuk pulang..
Bukan nak melarikan diri dari masalah..
Tetapi mencari ketenangan..
Mengutip cebisan kekuatan...
Agar tidak jatuh tersungkur..
Di medan perang yang membahang...








Dan kerana itu, ana telah mengambil keputusan..
Tiket semua dh habis..
Dengan nekadnye, ana pulang menaiki bas lompat-lompat.
Tanpa pengetahuan ibu bapa..
Kononnye nak buat kejutan...
Di sinilah cerita bermula..



8.30 pagi - Ana keluar dari UMP, dengan hanya berjalan kaki ke seberang jalan.
Ketika hampir sampai, ana ternampak bas..tp tak tau bas ape..lantas ana kejar bas tersebut dan terus masuk.. Selepas masuk baru ana tau bas itu tidak menghala ke destinasi ana. Alhamdulillah, ALLAH membantu ana menemukan orang yang memberi tunjuk jalan.

9.20 pagi - Ana sampai ke satu tempat, Chini.Terpaksa menunggu bas seterusnye.

10.00 pg - Ada bas ke Bahau. Nak naik ke x??..Naik gak..nak berhenti di Muadzam Shah.

10.40 pg -Sampai Muadzam. Tak ade tiket!!!...Panik...Tak kan nk tido kat bustand. Sunyi..Ya ALLAH..bantu la hambaMu...Nak naik bas ke Bahau, tak bagi..

11.10 pg -Bertanya ngn semua driver bas, mane la tau..ade kekosongan. Alhamdulillah. Ade 1. Bertolak ke Segamat.

12.30 tghri - Sampai di Segamt. Terpaksa trun. Blur.Sebab tempat tersebut ade perubahan. Terpusing-pusing. Mencari haluan. Ade bas ke Muar.

1.00 tghi - Bas bertolak. Faham-faham la kalau naik bas lompat-lompat ni. Kejap kejap berhenti..

3.30 petang - Sampai ke Muar. Berjalan kaki dari bustand ke tempat keje ibu. Sekolah Convent.Jauh...

Banyak pengalam ana perolehi. Antaranya :

1) MEncari alternatif lain kalau terlalu susah dan tak mampu lakukan.
2)BErani..!!!...
3)JAngan bergantung kepada orang lain. Sebab mereka tak ade mase kite susah.





4)Jangan membebankn orang lain. Usaha sendiri.
5)Sentiasa tersenyum.
6)Jangan malu bertanye kalau memang tak tau.
7)Usaha sampai jaya.YAkini ALLAH yang akan membantu kite.

Begitulah serba sedikit tentang pengembaraan ana. Simple je. InsyaALLAH, pas ni merancang nak pergi jauh ag. InsyaALLAH...

Monday, February 15, 2010

kecewa itu...ade ubatnya...

Assalamualaikum...

erm..salam kasih kepada pembaca blog ku..
Terima kasih sudi singgah di blog ana ni..
Heheeh..

Kecewa...sedih..itulah adat kehidupan..
pd ana bila ujian melanda...tandanya..
ALLAH nak kita kembali padanya..
Ya...memang benar...
ALLAH ingin ana kembali pada kasih sayng nya..
Yang tiada siapa di duni ini..
mampu memberinya..
Kecuali kedua ibu bapa ..
Kerana sifat kasih ALLAH itu,
DAn pemurahNYA ALLAH itu...

Sayang manusia tak kan ke mana..
Hari ini kata sayng,
esok benci..dan seterusnya..
Adakah ana salah...??..
Mugkin ana ada melakukan kesalahn..
Yup..memang benar..
Ana tidak bijak mengenal hati manusia..

Mungkin benar, kasih yang di berikan benar..
Tetapi bagaiman dengan janjinya??..
Pasti ada silapnye..
Erm...ana akui ana seorang yang panas baran..
Suke menuduh org...
Tak ada insan yang boleh mengawlnye..
Salah..tak ade orang boleh menahannya..

Entahlah..mgkin beluma ade insan yang benar2 memahami diri ana...
Tak ape la..
Cukupla kali ini saje..
Mungkin ana belum bersedia ag...

InsyaALLAH..ALLAH bersama hambanya..

Di sini ana sertakan sebuah lagu nasyid...
Sama-sama kita renungkan..
Seterusnya menjadikannya pengajaran...

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


p/s: Hidup ini tarbiyah...

Liga Sukan UMP

Salam sekelian..

Anda tahu tentang Liga Sukan yang akan di adakan di UMP pda Bulan Mac ini..
Ini adalah salah satu aktiviti yang di rangka oleh pihak JHEPA buat warga UMP..

Aktiviti sukan amat digalakkan..
Apatah lagi ia baik untuk kesihatan..
Pelbagai sukan yang kita ada di Malaysia terutamanya.
Semangat kesukanan+kerjasama..
Bakal menerbitkan sebuah perpaduan..


semangat kesukanan....


teknik dan praktikal nye...

NAmun demikian..., tiada siapa tahu, bagaimanakah program ini akan di aturkan..
Mksud ana di sini, bagaimana kita menjaga batasan pergaulan..
Ana tak nafikan ade perlawanan yang melibatkan wanita sahaja..
dan lelaki sahaja..
Tetapi sejauh mane penjagaan..
dalam perlawanan yang boleh melbatkan 2 gender..

Seboleh-boleh nya, ana ingin keprihatinan.
pelbagai pihak...
terutamanya mereka yang berkuasa,
untuk sama-bincangkan semula...

kemenangan di rai...

Semoga dengan kuasa yang ada itu,
sama-sama kita buat 'nahi mungkar'
InsyaALLAH..AMIN..
Wallahualam...

Tangungjawab dan amanah

assalamualaikum...

Salam sayang buat sekelian pembaca yang budiman..
Bagaimana harimu??
bagaimana ibadahmu..??
Peringatan ini ditujukan pd diri ana snd..
Seterusnya kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekelian..

Tangungjawab dan amanah...
manakah yang utama??
Amanah adalah kurniaan ALLAH untuk hambanya..
Tangungjawab pula adalah tugasan yang di amanhkan sesama manusia..
Benarkah definasi ana ni??..
Ini pendapat ana...tetapi ana sedia ditegur jika ia salah...

Apabila berbicara soal amanah dan tangungjawab..
Takut..bimbang...gerun...sampai rase nak menangis..
~memang dah nangis pun...
Ana tidak bijak berbicara soal ini..
Sebab ana tidak tahu gambarkan situasi tersebut..

Kadang kala tangungjawab mencabar amanah..
Buntu membuat keputusan..
Lantas, ana serahkan kepada ALLAH...
ALHAMDUILLAH, atas pemberiannye.,
memberi kekuatan kepada hamba yang lemah ini.
Sehingga hari ini masih bertahan..

Erm..., cukuplah setakat ini bicara ana..
Wallahualam..

Sunday, February 14, 2010

Bersangka Buruk...

Salam Kasih sayang buat sahabat ku sekelian...

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Ana sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati ana lampirkan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.

Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis

ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه

Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"

Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)

Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-

ثلاثة لا يسلم منهن أحد : الطيرة ، والظن ، والحسد ، فإذا تطيرت فلا ترجع ، وإذا حسدت فلا تبغ ، وإذا ظننت فلا تحقق

Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya, bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu bersangka jangan kamu membenarkannya" ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar : hadis mursal, Albani : Dhoif)

Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya


Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :

الظن ينبغي بعد اجتهاد تام ووثوق بالغ

Ertinya : "Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam" ( Tafsir Ar-Razi, 28/115 )

Justeru, dalam hal mencari keikhlasan seseorang dalam sesuatu teguran dan usaha baikknya, Islam tidak menyuruh kita menyelidik hati seseorang. Hanya hal berkaitan zahir seperti jenayah, kesalahan fizikal dan yang sepertinya sahaja memerlukan penyelidikan yang disebutkan oleh imam Ar-Razi tadi.

Namun begitu, kepada para pendakwah, teruskan usaha anda dengan cara anda yang tersendiri.

Jangan dipedulikan hasad dan sangka buruk manusia lain yang berhati busuk. Malah Nabi s.a.w sendiri juga pernah terkena sangka buruk seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sohih berikut :-

قال فَقَامَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ نَاشِزُ الْجَبْهَةِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ مُشَمَّرُ الْإِزَارِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ قال وَيْلَكَ أو لست أَحَقَّ أَهْلِ الأرض أَنْ يَتَّقِيَ اللَّهَ قال ثُمَّ وَلَّى الرَّجُلُ قال خَالِدُ بن الْوَلِيدِ يا رَسُولَ اللَّهِ ألا أَضْرِبُ عُنُقَهُ قال لَا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ يُصَلِّي فقال خَالِدٌ وَكَمْ من مُصَلٍّ يقول بِلِسَانِهِ ما ليس في قَلْبِهِ قال رسول اللَّهِ إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),

Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."

Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata

"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :

Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".

Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas :-

إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

إنما أمرت أن آخذ بظواهر أمورهم والله يتولى السرائر

Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )

KESIMPULANNYA

Akhirnya, jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.

لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

Ertinya : Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )

Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.


Sekian, Wallahualam...