Friday, October 30, 2009

Beriman kepada Qada'dan Qadar




ALLAH PASTI MEMBERIKAN YANG TERBAIK



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Setiap manusia pastinya selalu menginginkan yang terbaik.

Mendapat segala yang terbaik dan mengusahakan sesuatu yang terbaik, baik untuk dirinya mahupun untuk orang-orang yang tersayang…



Salah satu sifat seorang Muslim ialah selalu memohon dan meminta pada Allah, Zat yang Maha Kuasa.

Satu persepsi dan pegangan bagi seseorang yang bepegang teguh bahawa jika mahukan sesuatu, mintalah pada Allah kerana Dia pasti tidak pernah menghampakan.



Meminta pada manusia, sekali dua kali, mungkin diberinya, tapi mungkin tidak pada permintaan yang berikutnya....

Tetapi jika berkehendakkan sesuatu, mintalah pada Allah, kerana Dia pasti tidak jemu dan bosan untuk menunaikannya, terkadang juga tidak diminta, diberi-Nya pula.



Mungkin terselit ungkapan tulus dalam bait-bait kata dalam banyak-banyak doa yang dipohonkan kepada Ilahi ...

“ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku....”.

Tetapi terkadang manusia lupa, terkadang yang dirasakan terbaik untuk diri kita menurut kacamata kita adalah yang terburuk untuk kita menurut pandangan Allah.


“.............Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...” (QS: 216)


Sebaliknya, berkatalah...”Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku, yang Engkau rasakan terbaik untukku...”.



Terkadang juga manusia itu lupa, bahawa yang dilaluinya dan diterimanya itulah yang diminta daripada Allah.

Kita terkadang sering lupa, yang datang itulah yang terbaik untuk kita.

Tanpa kita pinta, sesuatu ujian yang amat berat datang menjengah untuk mewarnai kehidupan dan menguji kesabaran kita.

Suatu ujian yang dirasakan berat untuk dipikul dan terasa hilang kesabaran menghadapinya.

Ujian yang kita tidak minta tetapi ia datang.

Sedangkan kita lupa, bahawa ujian itulah yang kita minta daripada Allah, sesuatu yang ‘terbaik’ untuk kita.

Ibrah yang ‘terbaik’ untuk kita...untuk menjadikan kita yang ‘terbaik’ di pandangan Allah.

Begitulah, setiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu, amat tinggi nilainya di mata Allah, tiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu juga amat tinggi pengorbanannya pada Allah, tinggal pada diri kita, adakah kita sanggup untuk menghadapinya untuk mendapatkan yang terbaik itu serta sentiasa berbaik sangka kepada Allah atau sebaliknya......

Janganlah kita menjadi hamba yang kufur akan nikmat-Nya, hanya kerana belum diberi apa yang diinginkan.

Yakinlah, Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hamba-Nya.

Lihatlah sisi positifnya dari setiap keadaan kita.

Mukjizat



Salam kasih..salam sayang buat teman sekelain.
Assalamualaikum..
Apa khabar antum??..
Semoga sihat sentiasa..
Syukur...ALHAMDULILLAH

Mukjizat adalah kelebihan yang di berikan ALLAH kepada para rasul..
Mukjizat terbesar Rasuluallah adalah Al-Quran..
Kalau di pelajari..banyak perkara yang yang dapat kita teladani..
Kita jadikan sebagai ukuran dalam kehidupan...
Keistimewaannya..MASYA ALLAH..tak terhingga..
SUBHANALLAH...
Bahasa yang di gunakan cukup indah..
Tak mampu akal manusia untuk mencipta puisi sepuitis itu..
Bahkan,,ia merangkumi seluruh kehidupan...
Adakah sesuatu yang mampu melawan ciptaan ALLAH yang agung ini??...

Hakikatnye..manusia kini..
Lebih menagangap surat khabar sebagai mukjizat..
HAirannya,,...bagaimana hati manusia..begitu sebulat mempercayai berita tersebut..
Ia menjadi tarikan kepada manusia..
Pelik betul..bagaimana naskah yang asyik-asyik..
menceritakan tentang keaiban orang..
yang entah betul atau tidak...
gosip liar, kisah bukan-bukan..
menjadi rebutan..
HAirannya...
SUBHANALLAH...

Mereka lebih mendampingi surat khabar dari AL-Quran..
Mereka lebih suka surat khabar berbanding Al-Quran..
MEreka lebih percaya berita surat khabar dari berita ALLAH s.w.t
Mereka lebih agungkan surat khabar dari Al-Quran..
Mereka lebih ikut aturan surat khabar dari syariat ALLAH yang terang dan jelas dalam Al-Quran..
Mereka lebih mendengar kisah keaiban orang...daripada kisah tauladan dalam Al--Quran....

Dimanakah kita..??..
Tidak salah mengetahui isu semasa..mmg surat khabar akan di cari..
Tapi pernah kah kita adilkan akal kita..
Dengan hanya mendengar berita dari sebelah pihak sahaja..??..

Sama-sama kita renungkan...

Sunday, October 25, 2009

*taZkirah.....*




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...ana msih diberi ruang, luang dan peluang..
Utk berkongsi sdkt ilmu...
Seterusnya menikmati nikmat2 pemberian ILLAHI..
Syukur...

Pada kali ini, ana ingin memberi sedikit perkongsian
Tajuknya adalah "tazkirah"..
Apa yang antum faham dan tau tntg tazkirah...
BAiklah..
Pada pndpt ana,
Tazkirah adalah peringatan..
Bagaimana peringatan itu??..
Ia mendekatkan kita pada ALLAH..
Kerana apa??..
kerana kita manusia biasa..
Mudah lalai dan leka...sering alpa..
Sentiasa perlukan backup utk sentiasa berada di jalan ALLAH ini..
InsyaALLAH..

Ana bawakan Firman ALLAH
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Melainkan org yang nasihat menasihat kepada kebenaran dan kesabaran."(Al-Asr)

Bila berckp tntg tazkirah..selalu ana di takut kan..
Alasan: x berani @ x bersedia @ dll...
Persoalannya..
Antum tau ke had ilmu kita??
Hbis 2..ilmu skrg ni x nk kongsi ngn org????
y k2..
kenapa x berani..
n sbg mnuasia..kenapa x cari keberanian itu snd..
Suma dari antum snd...
Fikir-fikirkan lah..
WALLAHUALAM...

Friday, October 16, 2009

Kesan Zikir Kepada Otak



SAlam Sayang..salam kasih buat teman2 sekelian..
"Sampaikan lah oleh mu peringatan walaupun dengan 1 ayat.."...
Semoga ilmu yang ana tahu,..dapat kita kongsi bersama.
Mudah-mudahan dapat meningkatkan lagi amalan kita..
AMIN...


Otak berfungsi melalui aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia beroperasi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


#Jadikan lah 1 amalan yang wajib bg diri kita utk sentiasa basahkan lidah menyebut nama ALLAH...berbanding menceritakan hal-hal yang tiada kaitan dengan kita bahkan tidak kita bersama berusaha perbaikinya..
WALLAHUALAM...

ALHAMDULILLAH.....




Dengan nama ALLAH yang MAha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Syukur ke hadrat ilahi..
Masid di beri waktu ...
Menikmati segala nikmat ALLAH..
yang yidak dapat di nilai dgn kata-kata...

Pada hari ini ana bersyukur..
Kerana ALLAH telah makbulkan doa ana...
Rasa senyuman ana bagaikan tidak henti2 utk senyum..
Betapa sayangnya ALLAH pd hambanya yang daif ini..
SUBHANALLAH...

Syukur sgt2...
Bersama-sama ini ana sertakan 1 pesanan darri seorg yang berpengalaman dalam perjuangan..
Semoga menjadikan ana terus kuat menghadapi ujian..
Seterusnya meneruskan perjuangan...
Menegakkan syariat Islam...
Amin..Amin...Yarabbal-Alamin...

""Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," "

Semoga kita renung2kan..dan kita perbaiki diri snd..
WAllahualam..

ALHAMDULILLAH.....

Tuesday, October 13, 2009

...pening2...ish...



Assalamualaikum...
Salam ukhuwah..salam sayang..
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi MAha Penyayang.
Syukur kerana masih di berikan kesempatan..
Menikmati setiap ruang dan peluang dalam hidup ini.
Untuk saling mengenali sesama makhluknya..

Minggu ni ana mempunyai, pelbagai masalah menghimpit jiwa.
Akademik dan Peribadi.
Pelbagai konflik..
Entah la..
Hujung minggu ni ana akan ke Cameron Highland.
InsyaALLAH..ana dpt tenangkan diri..
Lg pun skrg keadaan ana x berapa stabil..
Mgkn sbb kurg tido, bnyk keje..
Kalau tido..mcm x tido....
Pulak 2 bilik ana aras 4..x kisah nk exercise..
Cme..agak mengangu kesihatan.
Bimbang nye kalau tetibe tumbang...
Aras 4 2..ish...

Rasenye sebulan ini, ana rasa nk tumbang je..
Ana bkn minta di kesiankan..
Tp sekadar berkongsi cerita...
Nasib baik ada parents yang memahami..
ALHAMDULILLAH...syukur...

Selepas ini ana harap boleh tumpu dlm akademik dlu..
Soal kesihatan 2.insyaALLAH..x de masalah kot..
paling kurang pun..masuk hospital je kn..
hehehehe..minta-minta di jauhkan...
harapnye ana kuat dari segi fizikal dan rohani selepas ini..AMIN...

WALLAHUALAM...