Sunday, February 14, 2010

Istikharah..

Salam sahabat-sahabat sekelian..
KAli ini ana ingin berbicara soal istikharah...
kekeliruan sering membelenggu diri ana..
Justeru itu, ana ingin berkongsi ape yang ana perolehi...

Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.


Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam
hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.

Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.
Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”


Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”


Perlu juga diingat bahawa :-



Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)

Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.



Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.

Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71)



Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)



Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Bagaimanapun, pada hemat saya, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan.


Wallahu a’lam.

Penggunaan Nama ALLAH...

beberapa pendapat mengenai isu tersebut..

http://www.zaharuddin.net/content/view/910/72/

http://ustaz.blogspot.com/2009/03/apabila-si-jahil-berbicara-islam-jadi.html

http://drmaza.com/home/?p=931

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=840

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24001

Ni ade beberape sumber yang ana bace..
Ana kurang arif dlm hal-hal sebegini..
So, jika ade sesiapa ade pndapat..
Sila la tunjuk ana..

Syukran..

Pilihanraya UMP

Assalamualaikum...

Apa khabar semua..
Ni la dia sebahagian gmbar yang ana dpt semasa pilihanraya..
Hurm..
x sempat nk update tyme 2..
Mcm2 hal berlaku...

Ok la...tanpa membuang mase ag...
Ana tunjukkn serba sdkt gmbr semasa Malam Manifesto..


oppss..heheh..ni la Naqib..bezfren kwn ana kat KMNS..


sahabat ana gak..Ameer Farhan..chaiyok!


Khaliq...


gaya seorang pemimpin...Mohd Nur Aedlan...YDP MPM UMP


hafizah-dpt undian tertinggi...Caya la...


fuh..!!..x sgka Fasihah hebat...

mantan JPP KMNS 08/09..masih seperti dlu ke??..


bdk letrik...Fariz...


classmateku..Chiow...


semangat 2....Undi Aedlan!!..

suasana mlm manifesto...

Hurm..ni la sebahagian gnbr y ana dpt..
Mostly. yang masuk bertanding adalah sahabat-sahabat ana gak..
Ana sgt-sgt tertekan..
Tak tau pilih yang mne..
Smpai satu tahap., ana tak sanggup nak tengok sahabat sendiri..
Huhuhu..pengalaman 2..
Setiap malam menitiskan air mata..
Gelombang Tsunami PRK UMP ckup panaz!!!...

Ade jugak kemusykilan dengan pelbagai masalah yang melanda..
sebagai contoh.., ade beberape org yang tidak di kenali datang gak..
Ana perasan sesuatu..
Al-maklumlah..
Ana adlah PeKa3, so..
malam-malam selalu round2 kolej Kediaman..
peliknye..ade beberape kereta yang mencurigakan..

Bagaimana dengan keselamatn UMP skrang ni ek??
ade jugak tyme Pencalonan tu..
Rmai sangat..
Nak kate jurugambar,,, bju cam gangster je..
adakah benar,...UMP ni dah tak selamat..
lagi 1, banyak hentam-menghentam..
Ape dh jadi?????..
Yang menyebarkan mengenai chracter calon tu..
bgus la..boleh kenal siapa calon yang patut di pilih..
yang hairannye...ade jugak komplot dan juge perncgn calon..
Smpai hentam kawn snd..
Penat pujuk sahabat ana, Ameer Farhan..
Akhirnye...habis cam 2 je..ish2...
Oleh itu..sama-sama pikirkan ek...

Alhamdulillah..mcam-macm dh berlaku..
Doanye selepas ini..
Ia menjadi pengajaran buat mahasiswa-mahasiswa peduli...

Amin...Wallahualam..

Friday, February 12, 2010

Falsafah Cinta..




Assalamualaikum..
Tetibe ana jimpe 1 coretan yang ckup menarik..
Mudah-mudahan ia membawa makna dalm hidup ana..
Ayuh.., sama-sama kita hayati..

FALSAFAH CINTA

Jika kita mencintai seseorang,
kita akan senantiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati
pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah Cinta ...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kau masih ingin mencuba.
Jangan sesekali menyerah
jika kau masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kau tidak mencintainya lagi,
jika kau masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang
Kepada orang yang masih memiliki harapan,
walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
Kepada mereka yang mempunyai keberanian
keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan

Jangan simpan kata-kata cinta
pada orang yang tersayang
sampai dia meninggalkan dunia
dan akhirnya kau terpaksa catatkan
kata-kata cinta itu pada pusaranya.
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan di benakmu itu sekarang
selagi mereka masih ada.


Mungkin Tuhan menginginkan kita
bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
dan kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu menjadi emas,
keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh,
panas menjadi sejuk,
lapar menjadi kenyang,
dahaga menjadi lega,
jemu menjadi riang,
duka menjadi suka,
hujan menjadi ribut,
hitam menjadi putih,
kotor menjadi bersih,
gelap menjadi terang,
sengsara menjadi bahagia,
gelora menjadi tenang,
bodoh menjadi cerdik,
lupa menjadi ingat,
gila menjadi normal,
kalut menjadi stabil,
goyah menjadi kukuh,
rapuh menjadi utuh,
bengkok menjadi lurus,
takut menjadi berani,
cemas menjadi elegan,
lama menjadi baru,
hodoh menjadi cantik,
busuk menjadi wangi,
derita menjadi nikmat,
marah menjadi minat,
keras menjadi lembut,
hodoh menjadi kacak,
kusut menjadi kemas,
lembut menjadi keras,
benci menjadi suka,
kasih menjadi sayang,
sayang menjadi cinta,
rindu menjadi asyik,
mimpi menjadi realiti,
penjara menjadi taman,
syaitan menjadi malaikat,
neraka menjadi syurga,




Sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang
dan kau tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kau ingin mencintai
atau memiliki hati seseorang,
ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah.
Kadangkala kau mencium harum mawar tersebut,
tetapi kadangkala kau terasa bisa
duri mawar itu menusuk jari.

muhasabah hikmah
Hal yang menyedihkan dalam hidup
adalah ketika kau bertemu seseorang
yang sangat bererti bagimu,
hanya untuk menemukan bahawa
pada akhirnya menjadi tidak bererti
dan kau harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kau tidak menghargai
orang yang mencintai kau sepenuh hati,
sehingga kau kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan
kerana perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar
siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi,
kiranya kau benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat
orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus,
orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin,
orang biasa menjadi bisu, orang kuat menjadi lemah,
orang hebat menjadi putus asa, orang lembut menjadi kasar.

Jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Mungkin saja pada apa yang kau sayangi
atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya
dan mungkin juga pada apa yang kau benci
tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada insan adalah alami,
cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup,
dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kau dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah
seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian ...
dan kenangan adalah
hal terindah yang pernah dimiliki…
Cinta yang kekal abadi adalah cinta hamba kpd penciptanya!!! Itulah seagung2 cinta…CINTA YANG MAHA ESA…..

~Renungilah ia....

Blog ku...

Assalmualaikum..

Ape khabar semua..
kesempatan yang ada ni..
ana akan seboleh2 nye mengupdate blog ni..
Mcam-macam nk cite..
hehehe,,
tapi ade ke yang nak m'bace??..
Hehehe...
tak kisah la..
yang penting ana nk tulis gak..
Ape ana peduli,,
Orang nk bce ke tak..
Hehehe..
Tetibe jdi gangster lak....
BAhaya ni..

Bulan JAnuari la pling bnyk kisah,,
Sat ag,...ana akan ceritakan satu per satu..
Ish...rse mcm org gile pulak..
Ckp sensorang..
tak pe...tak kisah pun..
Asalkan ana masih berada di paksi yang benar..
InsyaALLAH...AMIN....

Wednesday, February 10, 2010




Assalamualaikum...

Sudah lama tak mengupdate blog..
Bnayak sangat nk kene fikir...
Heheeh..
Tp. insyALLAH...,ALLAH sentiasa mencukupkan masa utk diri ana..
AMIN...

KAli ini, ana nk berbicara mengenai dosa besar.
Ana dapat dari sumber-sumber tertentu..
Semoga ia menjadi ingatan buat diri ana terutamanya.
SErta sahabat-sahabat yang lain.


18 Jenis dosa-dosa besar

1 ) Syirik

2 ) Berputus asa dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT

3 ) Merasa aman atau selamat dari azab Allah SWT

4) Derhaka kepada kedua ibu bapa

5) Membunuh apa-apa yang diharamkan Allah SWT, kecuali dengar benar

6) Menuduh seseorang berzina dengan perempuan yang bersih

7) Memakan harta anak yatim

8) Lari dari medan pertempuran

9) memakan harta ribaý

10) Meyakini sihir (mengamal atau bergantung kepada ilmu sihir)

11) Berzina

12) Bersumpah palsu untuk membela kezaliman

13)Pengkhianatan dalam perkara harta rampasan perang

14) Tidak membayar zakat

15) Kesaksian palsu dan menyembunyikan kesaksian

16) Minum arak atau khamar

17) Meninggalkan solat atau apa yang diwajibkan oleh Allah SWT dengan sengaja

18) Memutuskan persaudaraan


Ini lah dia serba sedikit ilmu yang ana ingin kongsi...
Semoga kita, keluarga kita, sahabat kita, serta muslimin dan muslimat seagama,
jauh dari semua ini.AMIN...

Wednesday, January 20, 2010

Bila Hati diLukai...



Assalamualaikum..

Apa khabar sekelian...maaf kerana terlalu lama mendiamkan diri..
Bkn ape..
Situasi sekrg..mmg menjerut diri ana..
Erm...amanh yang diamanhkn,
Haruslah dilaksanakan dengan baik..

Erm, baiklah berkenaan dengan tajuk ana kali ini.
Menarik x??
Hehehe....mst msing2 dh fikir lain..
Ish2....x pe la..
Normal la 2...
Cme kat cni ana nk tekankan ape y ana ingin bawa sebenarnya.

Bila Hati dilukai,
Mksd nye..hati kita lembut.
Jangan lukai dengan kemaksiatan.
Kelak semuanya musnah.
Faham x mksd ana???..

Kalau sehebat mana pun diri kita,
Kalau ada kelukaan di hati ini.,
Bimbang kita alpa..
Terlupa pd hakikat sebenar kehidupan ini..

Bangaimana merawatnya??..
Pastikan hati ini tidak bermain dengan nafsu..
Soal jodoh 2,,serahkan pd yang lebih berhak.
Jangan bermain cintan cintun..
Bimbang...,sgt bimbang..
Ana pasti akan di uji ble berkata soal ini pd hari ini.

Ya ALLAH, tetapkan hatiku padaMu..
AMIN..




Wallahualam..