Thursday, February 23, 2012

Hidup Satu Pilihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap hari, setiap waktu, setiap detik adalah satu pilihan. Siapa yang akan memilih? Pastinya semua itu dari diri kita sendiri.


Ana ingin kongsikan dengan para sahabat bahawa satu perkara yang jarang kita fikirkan. Dalam dunia ni sering kali kita mendengar org lain mengeluh,
"dh nasib aq mcm ni"
"untung la kau dapat cam 2..."
"kenapa la nsib aq x baik je ni"..

Semua tu biase di dengari, tetapi, sedarkah sahabat sekelian, semua ni ats dasar pilihan kita. Bila kita berkata sedemikian, mengeluh pada sesuatu yang tidak kita senangi, maka sebenarnya kita sedang menyalahkan takdir, sama lah kita menyalahkan ALLAH, nauzubillah...

Dalam dunia ini sebenarnya tidak wujud pun NASIB, ia hanya ALASAN semata-mata. Sebagai contoh, jika kita terjumpa duit di tgh jalan, pasti kita akan berkata,
"nasib saya baik hari ini".
Persoalannya, siapa yang melalui jalan itu di masa itu kalau bukan di pilih oleh kita snd. Betol x?

Maka, kehidupan yang kita lalui ini semua adalah satu pilihan. Kita yang memilih setiap langkah kita. Dan semua yang terjadi tanpa dirancang adalah milikNYA sahaja iaitu TAKDIR.

Wallahualam.

1 comment:

  1. salam ziarah...betul tu...ana setuju...Allah dh berikan jalan tetapi kita yang perlu memilih...

    ReplyDelete