Thursday, June 30, 2011

Sesaat Di Uji...

Saat ku uji...
Aku tertanya...ape sebenarnye berlaku..
Aku terpinga-pinga..mencari..
Di mana titik kisah nya....
Jawapannya.., aku tidak tahu..

Saat ku diuji...
Aku meraung kesepian...
Aku terlontar keresahan..
Aku terhimpit kesakitan..
Dimana harus kutemui lagi...
Segumpal kekuatan...

Saat ku diuji..
Aku bertanya lagi pada diri...
Adakah aku terlalu angkuh
berjalan di atas muka bumi Mu Tuhan..
Adakah ini balasan mu Tuhan...

Ya ALLAH.., aku tidak kuat hadapi nya...
Hadirkanlah teman..
meniti hari kesesakan..
Aku kehilangan sekeping kekuatan...
Aku mencari setitis ketabahan..
Aku dambakan secipit kesabaran..

Ya ALLAH...,ampuni aku..
Andai dugaan ini menguji keimanan ku...
Jangan kau pisahkan sebuah persahabatan ini..
Sesungguhnya kau Maha Mengetahui setiap sesuatu..
Kau berilah taufik danhidayah kepada kami...
Amin...

Percaya kepada Malaikat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sahabat pernah dengar ada 1 lagu tentang malaikat?. Kalau tak silap ana di dendangkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dulu. Ana cube mencari liriknye semula dan kita boleh berkongsi ye. Sebenrnya perkara ni sangat penting. Bagaimana nak bina keluarga kalau diri sendiri x terbina.


Disini ana akan senaraikan nama 10 malaikat yang kita perlu taju serta tugas mereka. ama-nama Malaikat dan tugasnya ada 10, yakni :
1) Malaikat Jibril, tugasnya Menyampaikan wahyu
2) Malaikat Mikail, tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan
3) Malaikat Israfil, tugasnya Meniupkan Sangkakala
4) Malaikat Izrail, tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup
5) Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia
6) Malaikat Atid, tugasnya Mencatat amal keburukan manusia
7) Malaikat Munkar, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
8) Malaikat Nakir, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
9) Malaikat Malik, tugasnya Menjaga pintu neraka
10) Malaikat Ridwan, tugasnya Menjaga pintu Syurga

Namun wahai sahabat semua, kita perlu faham banyak perkara, bila bertambah ilmu ni., ana kira kita harus pelajari juga tugas-tugas malaikat ini. Tahukah sahabat bahawa masih ramai malaikat di atas bumi ALLAH. Ada yang hanya sujud kepada ALLAH, ada yang berzikir pada ALLAH dan yang paling kita perlu tahu bahawa ada Malaikat yang sentiasa menjaga kita.

Mereka akan menjaga siang dan malam. Mereka merupakan di bawah malaikat Raqib dan Atid. Mereka akan berkumpul dan menyerahkan laporan pada waktu Subuh dan Asar. Saat ini mereka akan naik dan melaporkan kepada Maha Pencipta mengenai diri kita.

Terdapat malaikat yang akan mendoakan orang beriman dan bertaqwa. Wahai sahabt yang dirahmati ALLAH sekelian, apabila kita berdoa, jangan sesekali jadi orang yang zalim di mana brdoa untuk diri shj. Perlu nya kita berdua untuk ibu bapa terutamanya, keluarga, guru, pensyarah, sahabat, teman serta seluruh umat Islam di atas bumi ini.



Sahabat sekelian, tahukah antum, kita di galakkan solat berjemaah. Banyak fadilat. Antaranya, malaikat bersama dengan kita. Bagaimana?.
1)Apabila Imam menyebut 'wallad'dolin', maka kita akan menyambut nya dengan 'Amin'. Saat ini, malaikat juga mengaminkan bersama dengan kita. Apabila perkara ini berlaku, maka, dosa-dosa kecil kita akan terampun.
2) Saat Imam bangun dari ruku', 'samiaALLAHulimanhamidah', dan 'rabbanalaqalham'

InsyaALLAH wahai sahabat sekelian, ini yang ana perolehi semasa majlis ilmu. Ana ingin kongsi bersama sahabat. Agar tidak di gelar kedekut dan sebagai peringatan ana snd.

Wallahualam..

Friday, June 24, 2011

MerinduiMu...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..dh lame ana tinggalkan dunia blog ni..Macam2 hal dah berlaku tp masih tiade kesemptan utk penulisan kali ini. Mengapa??.. Entah... Kali terakhir rasenye bln March 2011.. Bagaimana.., mesti sahabt2 pun merinduinya kan.
Syukran atas keprihatinan sahabat yang setia..


Setakat ni.., ana masih mencari idea.. memandgkna bnyak perkara dah berlaku.., Ana pun tak tahu nak mula kan dgn bagaimana. Cuma pesan ana., sebagai seorg manusia yang prihatin dan bijak., gunakanlah akal utk berfikir.