Friday, October 30, 2009

Beriman kepada Qada'dan Qadar




ALLAH PASTI MEMBERIKAN YANG TERBAIK



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Setiap manusia pastinya selalu menginginkan yang terbaik.

Mendapat segala yang terbaik dan mengusahakan sesuatu yang terbaik, baik untuk dirinya mahupun untuk orang-orang yang tersayang…



Salah satu sifat seorang Muslim ialah selalu memohon dan meminta pada Allah, Zat yang Maha Kuasa.

Satu persepsi dan pegangan bagi seseorang yang bepegang teguh bahawa jika mahukan sesuatu, mintalah pada Allah kerana Dia pasti tidak pernah menghampakan.



Meminta pada manusia, sekali dua kali, mungkin diberinya, tapi mungkin tidak pada permintaan yang berikutnya....

Tetapi jika berkehendakkan sesuatu, mintalah pada Allah, kerana Dia pasti tidak jemu dan bosan untuk menunaikannya, terkadang juga tidak diminta, diberi-Nya pula.



Mungkin terselit ungkapan tulus dalam bait-bait kata dalam banyak-banyak doa yang dipohonkan kepada Ilahi ...

“ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku....”.

Tetapi terkadang manusia lupa, terkadang yang dirasakan terbaik untuk diri kita menurut kacamata kita adalah yang terburuk untuk kita menurut pandangan Allah.


“.............Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...” (QS: 216)


Sebaliknya, berkatalah...”Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku, yang Engkau rasakan terbaik untukku...”.



Terkadang juga manusia itu lupa, bahawa yang dilaluinya dan diterimanya itulah yang diminta daripada Allah.

Kita terkadang sering lupa, yang datang itulah yang terbaik untuk kita.

Tanpa kita pinta, sesuatu ujian yang amat berat datang menjengah untuk mewarnai kehidupan dan menguji kesabaran kita.

Suatu ujian yang dirasakan berat untuk dipikul dan terasa hilang kesabaran menghadapinya.

Ujian yang kita tidak minta tetapi ia datang.

Sedangkan kita lupa, bahawa ujian itulah yang kita minta daripada Allah, sesuatu yang ‘terbaik’ untuk kita.

Ibrah yang ‘terbaik’ untuk kita...untuk menjadikan kita yang ‘terbaik’ di pandangan Allah.

Begitulah, setiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu, amat tinggi nilainya di mata Allah, tiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu juga amat tinggi pengorbanannya pada Allah, tinggal pada diri kita, adakah kita sanggup untuk menghadapinya untuk mendapatkan yang terbaik itu serta sentiasa berbaik sangka kepada Allah atau sebaliknya......

Janganlah kita menjadi hamba yang kufur akan nikmat-Nya, hanya kerana belum diberi apa yang diinginkan.

Yakinlah, Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hamba-Nya.

Lihatlah sisi positifnya dari setiap keadaan kita.

Mukjizat



Salam kasih..salam sayang buat teman sekelain.
Assalamualaikum..
Apa khabar antum??..
Semoga sihat sentiasa..
Syukur...ALHAMDULILLAH

Mukjizat adalah kelebihan yang di berikan ALLAH kepada para rasul..
Mukjizat terbesar Rasuluallah adalah Al-Quran..
Kalau di pelajari..banyak perkara yang yang dapat kita teladani..
Kita jadikan sebagai ukuran dalam kehidupan...
Keistimewaannya..MASYA ALLAH..tak terhingga..
SUBHANALLAH...
Bahasa yang di gunakan cukup indah..
Tak mampu akal manusia untuk mencipta puisi sepuitis itu..
Bahkan,,ia merangkumi seluruh kehidupan...
Adakah sesuatu yang mampu melawan ciptaan ALLAH yang agung ini??...

Hakikatnye..manusia kini..
Lebih menagangap surat khabar sebagai mukjizat..
HAirannya,,...bagaimana hati manusia..begitu sebulat mempercayai berita tersebut..
Ia menjadi tarikan kepada manusia..
Pelik betul..bagaimana naskah yang asyik-asyik..
menceritakan tentang keaiban orang..
yang entah betul atau tidak...
gosip liar, kisah bukan-bukan..
menjadi rebutan..
HAirannya...
SUBHANALLAH...

Mereka lebih mendampingi surat khabar dari AL-Quran..
Mereka lebih suka surat khabar berbanding Al-Quran..
MEreka lebih percaya berita surat khabar dari berita ALLAH s.w.t
Mereka lebih agungkan surat khabar dari Al-Quran..
Mereka lebih ikut aturan surat khabar dari syariat ALLAH yang terang dan jelas dalam Al-Quran..
Mereka lebih mendengar kisah keaiban orang...daripada kisah tauladan dalam Al--Quran....

Dimanakah kita..??..
Tidak salah mengetahui isu semasa..mmg surat khabar akan di cari..
Tapi pernah kah kita adilkan akal kita..
Dengan hanya mendengar berita dari sebelah pihak sahaja..??..

Sama-sama kita renungkan...

Sunday, October 25, 2009

*taZkirah.....*




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...ana msih diberi ruang, luang dan peluang..
Utk berkongsi sdkt ilmu...
Seterusnya menikmati nikmat2 pemberian ILLAHI..
Syukur...

Pada kali ini, ana ingin memberi sedikit perkongsian
Tajuknya adalah "tazkirah"..
Apa yang antum faham dan tau tntg tazkirah...
BAiklah..
Pada pndpt ana,
Tazkirah adalah peringatan..
Bagaimana peringatan itu??..
Ia mendekatkan kita pada ALLAH..
Kerana apa??..
kerana kita manusia biasa..
Mudah lalai dan leka...sering alpa..
Sentiasa perlukan backup utk sentiasa berada di jalan ALLAH ini..
InsyaALLAH..

Ana bawakan Firman ALLAH
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Melainkan org yang nasihat menasihat kepada kebenaran dan kesabaran."(Al-Asr)

Bila berckp tntg tazkirah..selalu ana di takut kan..
Alasan: x berani @ x bersedia @ dll...
Persoalannya..
Antum tau ke had ilmu kita??
Hbis 2..ilmu skrg ni x nk kongsi ngn org????
y k2..
kenapa x berani..
n sbg mnuasia..kenapa x cari keberanian itu snd..
Suma dari antum snd...
Fikir-fikirkan lah..
WALLAHUALAM...

Friday, October 16, 2009

Kesan Zikir Kepada Otak



SAlam Sayang..salam kasih buat teman2 sekelian..
"Sampaikan lah oleh mu peringatan walaupun dengan 1 ayat.."...
Semoga ilmu yang ana tahu,..dapat kita kongsi bersama.
Mudah-mudahan dapat meningkatkan lagi amalan kita..
AMIN...


Otak berfungsi melalui aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia beroperasi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


#Jadikan lah 1 amalan yang wajib bg diri kita utk sentiasa basahkan lidah menyebut nama ALLAH...berbanding menceritakan hal-hal yang tiada kaitan dengan kita bahkan tidak kita bersama berusaha perbaikinya..
WALLAHUALAM...

ALHAMDULILLAH.....




Dengan nama ALLAH yang MAha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Syukur ke hadrat ilahi..
Masid di beri waktu ...
Menikmati segala nikmat ALLAH..
yang yidak dapat di nilai dgn kata-kata...

Pada hari ini ana bersyukur..
Kerana ALLAH telah makbulkan doa ana...
Rasa senyuman ana bagaikan tidak henti2 utk senyum..
Betapa sayangnya ALLAH pd hambanya yang daif ini..
SUBHANALLAH...

Syukur sgt2...
Bersama-sama ini ana sertakan 1 pesanan darri seorg yang berpengalaman dalam perjuangan..
Semoga menjadikan ana terus kuat menghadapi ujian..
Seterusnya meneruskan perjuangan...
Menegakkan syariat Islam...
Amin..Amin...Yarabbal-Alamin...

""Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," "

Semoga kita renung2kan..dan kita perbaiki diri snd..
WAllahualam..

ALHAMDULILLAH.....

Tuesday, October 13, 2009

...pening2...ish...



Assalamualaikum...
Salam ukhuwah..salam sayang..
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi MAha Penyayang.
Syukur kerana masih di berikan kesempatan..
Menikmati setiap ruang dan peluang dalam hidup ini.
Untuk saling mengenali sesama makhluknya..

Minggu ni ana mempunyai, pelbagai masalah menghimpit jiwa.
Akademik dan Peribadi.
Pelbagai konflik..
Entah la..
Hujung minggu ni ana akan ke Cameron Highland.
InsyaALLAH..ana dpt tenangkan diri..
Lg pun skrg keadaan ana x berapa stabil..
Mgkn sbb kurg tido, bnyk keje..
Kalau tido..mcm x tido....
Pulak 2 bilik ana aras 4..x kisah nk exercise..
Cme..agak mengangu kesihatan.
Bimbang nye kalau tetibe tumbang...
Aras 4 2..ish...

Rasenye sebulan ini, ana rasa nk tumbang je..
Ana bkn minta di kesiankan..
Tp sekadar berkongsi cerita...
Nasib baik ada parents yang memahami..
ALHAMDULILLAH...syukur...

Selepas ini ana harap boleh tumpu dlm akademik dlu..
Soal kesihatan 2.insyaALLAH..x de masalah kot..
paling kurang pun..masuk hospital je kn..
hehehehe..minta-minta di jauhkan...
harapnye ana kuat dari segi fizikal dan rohani selepas ini..AMIN...

WALLAHUALAM...

Saturday, October 10, 2009

Cantiknya seOrang Wanita



Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Bila smpai masanYe.....



Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi..
Kerana hingga ke hari ini ,
ana masih lagi berkesemptan untuk melihat kebesaran ALLAH .
SUBHTANALLAH.....
Tidak lupe juga kerana masih lagi dapat merasai..
nikmat paling besar iaitu..
Nikmat Islam dan Nikmat Iman..
ALHAMDULILLAH....

Ana ingin membawa sepotong ayat..
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada kami kamu di kembalikan"..(Al'ankabuut:57)
MAti..ayat yang cukup menekutkan pada ana.
Sebabnye bila bercakap soal kematian..
Banyak perkara yang kita harus sama-sama muhasabah diri..
Sebab apa?..
Kerana kita ingin yang terbaik..
dalam amalan kita..
Supaya tidak malu berhadapan dengan ALLAH..
Tapi ana kira..semua org berasa malu kepada ALLAH..
Sebab kita ni hanyalah ciptannya...
Banyak kekurangannya..





Oleh itu, sama-sama kita muhasabah diri..
Perbetulkan diri..
TAnya diri kita..bersedia kah kita dengan kematian..
Orang selalu cakap..
"Perbanyakkan amalan seolah-olah esok adalah kematian kita".
MASYA-ALLAH..gerunnya..
InsyaALLAH, ana mendoakan kali semua..
sentiasa berada dalam landasan yang benar..
Untuk antum dan diri ana snd..
WALLAHUALAM...

-Komen..jgn x koMen..-



Salam ukhuwah buat taulan sekalian..
Alhamdulillah, hari ini dapat mengisi ruang kekosongan dengan blog ni..
Ermm..tempoh hari ana telah berkongsi tentang seseorg..
Rupenya ada yang bertanya..
Siapakah gerangannya..
Hehehe...biarlah rahsia..
Ana bmbg org tersebut menjejaki blog ana n terbaca post 2..
Len pulak citenye..
Ish2...bahaya sungguh..'

Baiklah..kali ini ana akan bercerita tntg org lain pulak..
Ngumpat ke ni??...
X la..ana cme memberi pndgn tentg dye..
Semoga ia menjadi tauladan buat pembaca..
Sifat yang di miliki boleh di contohi...

Ana kenal seorang ni ketika ada kem tempoh hari..
Mse 2 insan ni menjadi fasilitator..
Wah...jgn main2..garang tu...takut..
Ana bengang gile ngn dye waktu 2..
Ntah la..ana ni ade je yang x puas ati ngn org je..
X sedar diri pun..hehehe...

Seterusnya..baru-baru ni pulak, sahabat ana ajak 1 program..
Ermmm..mula2 x nk sbb merajok kononnye.
Nsib baik sahabat ana kuatkan juga..
2 yang join.. Then..tup..tup...pgarah nye insan tu...
Alamak..cuak gak..sbb x biasa kn..

Tapi ana respect ngn dye..sbb bijak kawal situasi..
Ana kire selepas program 2..ana borak2 ngn kawan2..
Then semua puji..maklumlah..
bkn sanang nk jmpe pendakwah dari UMP ni..
Yang boleh msuk ngn semua org..
Sbb lg pun dye peramah=banyak cakap..
hehehe...jgn marah..

Banyak la y ana boleh puji..
Orangnye kecik je..tp mak oii..kalau cakap berapi-api 2..
heheheh...
Ana selesa utk berkawan ngn insan 2..
sbbnye..ada somethng y ana suke dgr pndgannye..
Bkn snang tau...
org nk share ilmu..
SUBHANALLAH..semoga ana jauh dari sifat 2..AMIN..

ERm..k la..dgn org sblm ni ana kira..
mereka lebih kurang sama..
Sma-sama hebat..bagus dalam perjuangn Islam..
Semoga ada sesuatu yang mereka boleh berjuang bersama..
Cme yang sorang agak tegas..May be sbb 2..
dia x di kenali kot...

k r la..ana dh ngntok ni..
Cme gagahkan diri menulis coretan ini...
InsyaALLAH...kita jumpe lagi..
SALAM...

Tuesday, October 6, 2009

~pesaNan riNgkas...~

Salam ukhuwah buat taulan semua...
Pernah tidak antum menerima 1 msej yang membuatkan hati antum tersentak??..
Mksd ana yang membawa antum kepada KHALIQ...

Entah la..ana terkedu ketika menerima msej tersebut..
Tak tahu nk ckp apa..
Ynag nyatanya..ia dari seorang senior..
Yang ana hormati...
Sungguh tidak sangka..
kerana selama ni insan tersebut tak pernah tonjolkn diri...

Akhirnya...ana tidak menyangka..
Beliau seorang yang hebat..
Hairannya...beliau siap puji ana..
Sudahla buat kan ana terpinga-pinga...
Ni dh bertambah2 pulak...
Ish2...pening kepala mcm n...

Ape pun..pada ana..
Insan tersebut sedia berkongsi ilmu didada..
Rendah diri..nampak mcm biasa..
Tp mak oii...ilmu penuh di dada...

SuBHANALLAH....
Semoga ana di pertemukan jodoh seperti insan tersebut...
AMIN....

Thursday, October 1, 2009

Salam ukhuwah teman sekelian..
Disini ana ingin berkongsi maklumat kepada teman sekelian..
Bergune tau..
ana juz foward kn je...
xpe...
bende baikk...kita kongsi bersama ek...


"Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan-kawan semua?
Rupa-rupanya tanpa kita sedor, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita
tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,
lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita
telah tua nanti.

Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg
lain-lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah
Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai
jaga pemakanannya sehari-hari. apa kata kita ikut diet ini kawan-kawan. tak
payahlah susah-susah makan pil untuk kurus? InsyaAllah kalau kawan-kawan ikut
diet Rasullullah ini?. Garenti kawan-kawan takkan sakit perut ataupun keracunan
makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH : KOKTEL

1. JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU,
BARU MAKAN NASI.
2. TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN
DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan-kawan cubalah..
Ianya tidaklah dalam jangka masa terdekat ini.... Ianya berkesan bila kita sudah
tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan
laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi
ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur
dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.

p/s: Sampaikan walau sepatah...

Sarjana Islam juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan
seperti:

Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita
boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit
pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa
dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter
ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Denganbersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat
jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung
di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis
alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.

Wallahua'lam

Sabda Nabi: "Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan
InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"."